Akaun amanpalestinkedah.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

REBUT PAHALA 10 MALAM TERAKHIR DENGAN WAKAF DAN SEDEKAH UNTUK

AL-AQSA DAN SYRIA.

 Walau kecil nilainya tetapi besar disisi Allah.

ANDA RUGI JIKA LEPASKAN PELUANG WAKAF DAN SEDEKAH INI.

Kenapa rugi? Sebelum itu fahami dulu apa istimewanya berwakaf ketika 10 malam terakhir…


Wakaf ialah sumber pahala yang paling ditakuti oleh syaitan.

Syaitan takut kerana ia adalah pahala berterusan .

Biarpun kita telah tiada tapi pahala dapat terus menerus. 

Maksudnya pahala wakaf tetap masuk ke akaun pahala kita yang akan menjadi tabungan akhirat kelak. Allahu akbar..


Duit kita yang sebenarnya adalah yang kita wakaf dan sedekahkan.

Itulah 'duit' yang KEKAL  untuk kita di akhirat kelak. Duit yang ada dalam dompet, bank mahupun simpanan itu semua milik orang.


Esok lusa bayar itu ini, maka lenyaplah ia.


Jadi nak ke anda pahala wakaf + pahala sedekah berganda Ramadan + pahala seribu bulan lailatulqadar?


Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan" 

(Surat Al-Qadr, Ayat 3)

1 wakaf yang kekal berpanjangan + 1 sedekah berganda ditambah lagi dengan nilai sedekah 83 tahun pahala. 

Subhanallah . Luar biasanya nilai pahaahala demi mendapat redha Allah SWT.


Hanya anda yang boleh membantu mereka untuk terus hidup dan bertahan di bumi Syam dan juga Al-Aqsa.



Wakaf Baik Pulih Masjid al-Aqsa

Selepas diserang oleh Is.rael dan ekstrimis yahudi. Banyak kerosakan berlaku. Masjid Al-Aqsa perlu di baiki bagi terus teguh di Baitul Maqdis.








Wakaf baik pulih rumah sekitar Masjid al-Aqsa.

Penduduk Palestin sekitar Masjid al-Aqsa adalah penjaga al-Aqsa untuk terus bertahan daripada dirampas sepenuhnya oleh Is.rael. Bantu mereka kekal disana melalui wakaf ini.








Bantuan Kecemasan Penjaga Masjid al-Aqsa.

Penduduk Palestin sedang berkawal disekitar Masjid al-Aqsa daripada diceroboh Israel. Antara keperluannya:

➡️Juadah berbuka dan bersahur ,kotak Makanan(kerana mereka akan berjaga disekitar al-Aqsa)

➡️Saraan Hidup dan Rawatan (bantuan perubatan bila dicederakan oleh Is.rael)








Wakaf Masjid Syeikh Khalil

Wakaf pembinaan masjid ini akan memberi manfaat buat 10,000 orang penduduk sekitar termasuk 3,000 warga pelarian Syria yang berada di sana.








Wakaf Hospital Mental, Gaza.

Hospital Mental yang sedang dalam binaan masih perlukan lagi wakaf anda bagi mencukupkan baki kos binaan hospital dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Palestin.








Ayuh. Usah tangguh-tangguh kejar pahala 10 malam terakhir dengan tingkatkan sedekah dan Wakaf.. 


Semoga dengan sumbangan daripada anda dapat memberi mereka kebahagiaan .


“ Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara

 iaitu sedekah jariah , ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa

mendoakan kepada kedua ibubapanya.

( Hadis Riwayat Muslim )