Akaun amanpalestinkedah.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

MISI MUSIM SEJUK AMAN PALESTIN 2021

MISI MUSIM SEJUK AMAN PALESTIN 2021

MUSIM SEJUK TIBA LAGI NAMUN MAMPUKAH MEREKA BERTAHAN KALI INI ?


Musim sejuk dalam bayangan fikiran kita mungkin satu musim yang menyamankan.

Namun sebaliknya ia musim yang meresahkan perlarian Syria ,Palestin dan Yaman. Apakah mereka berjaya "survive" kali ini?

Dengan hidup dibawah khemah nipis. Pemanas usang yang hanya berharap pada plastik atau sampah sebagai bahan bakar. Tak ada kerosin. Kerana mereka tak mampu nak beli sendiri minyak itu.

Nyawa bukan saja terancam dengan kesejukan, malahan turut terancam kerana menyedut udara yang toksik kerana pembakaran plastik dan sampah.



'Kami Perlukan Makanan'


"Apabila tiba musim sejuk bukan pakaian menjadi keutamaan namun kami lebih memerlukan makanan bagi meneruskan kelangsungan hidup.


"Hidup kami terlalu susah, sukar digambarkan apa yang perlu dilalui setiap hari namun sedaya upaya kami kuatkan diri. Disebabkan itu kami sangat perlukan makanan," kata Shehah Musa Aham, 61, ketika ditemui di Kem Taliank di Lembah Beqaa, Lubnan, semalam.


Shehah berkata, selain memikirkan bekalan makanan, dia juga terlalu bimbangkan keadaan kesihatan ibunya, Fuzzah Al Musa, 80.


"Ibu sakit sejak beberapa tahun lalu, atas faktor usia telinganya juga sudah tidak berfungsi. Kami pula tidak mampu untuk membawanya mendapatkan rawatan. Hanya doa yang dapat saya panjatkan supaya ibu terus kuat.


"Disebabkan itu, saya sangat menghargai apa saja bantuan diterima terutamanya bekalan makanan kerana tidak sampai hati melihat ahli keluarga terutamanya ibu kelaparan," katanya kepada penterjemah Aman Palestin.


Sumber: My Metro (18 Januari 2020)



AYUH SERTAI MISI MUSIM SEJUK 2021
DENGAN MENGHULURKAN SEDIKIT KEHANGATAN BUAT SAUDARA KITA DI BUMI SYAM DAN YAMAN



Atas dasar tanggungjawab dan kemanusiaan, Aman Palestin melancarkan kempen Bantuan Musim Sejuk Syam dan Yaman 2021 bagi membantu saudara kita yang amat memerlukan di Palestin, Syria, Lubnan dan Yaman termasuklah pelarian Palestin dan Syria yang berada di Lubnan.



Sertai pakej bantuan yang merangkumi:

    – Kotak Makanan

    – Pemanas & kerosin

    – Peralatan Musim Sejuk

    – Bantuan Klinikal

    – Tabung Musim Sejuk



    MENGIMBAU BANTUAN MUSIM SEJUK 2020


    Sebanyak 1,000 pek roti telah diagihkan ke beberapa buah kem pelarian Syria di Lubnan pada Misi Sukarelawan Aman Palestin.
    Sebanyak 430 buah keluarga telah menerima manfaat dari bantuan ini.


    Agihan 100 kotak Bantuan Musim Sejuk yang bernilai USD$40 setiap kotak untuk 100 keluarga yang berada di Perkhemahan Pelarian al-Khalawiyah, Jarablus Syria


    Agihan minyak kerosin yang bernilai USD$16 Dollar sebuah tong untuk 275 keluarga di beberapa kem pelarian Syria di Lubnan.




    Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

    إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ ‏

    “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya." (HR Muslim)

    Ayuh bersama menyumbang bagi membantu saudara kita di Syam dan Yaman.