BANTUAN KECEMASAN BANJIR

MEREKA PERLUKAN KITA.
2021 membuka tirai dengan kisah pilu buat negara kita. Tatkala Covid-19 semakin meningkat, saudara kita di beberapa negeri di landa kisah duka kerana musibah banjir yang tak diduga.
Hilang rumah sekelip mata! Kereta, motorsikal hanyut dan "total lost". Semua kelengkapan dan peralatan rumah rosak teruk dan tak boleh dipakai. Allahu. Bila melihat kesan banjir dan kerosakan yang berlaku sebak sungguh rasa di hati.
Lebih menyedihkan lagi ada yang terkorban semasa banjir. Kereta dihanyutkan dan lemas.
Andainya apa yang berlaku ini menimpa orang yang kita kenali. Pasti lebih meruntun hati.
Banjir kali ini ibarat tsunami menenggelamkan rumah dan bangunan hingga ke bumbung. Bahkan mereka terpaksa naik ke atas bumbung untuk menyelematkan diri. Ujian banjir bersama Covid-19 ini betul-betul berat untuk kita hadapi.
Seperti pulau. Hanya bumbung kelihatan.
Hilang rumah hanyut dibawa banjir
Bukan mudah untuk mereka lalui sendiri. Pastinya perlu masa berbulan-bulan untuk mereka pulih.
Namun, dengan bantuan anda proses pemulihan rumah dan keperluan mereka pasti dapat dilakukan dengan lebih cepat.
Oleh itu, Aman Palestin dengan kerjasama Yayasan Magfirah, Kelab Perwira dan Relawan Muda telah melancarkan Misi Bantuan Mangsa Banjir bagi negeri-negeri yang terlibat.
Bantuan yang akan disalurkan termasuk:
1.KIT KELENGKAPAN DIRI
2.KIT KEPERLUAN KHAS
Seperti sumber air bersih.
3. KIT MAKANAN ASAS
4. KEPERLUAN PUSAT KOMUNITI
Ayuh bersama kami membantu saudara dan sahabat kita yang terjejas akibat banjir dengan menyumbang semampu mungkin.
Sumbangan anda bersama jasad kami dalam menyampaikan sumbangan dan tenaga untuk membantu mereka.
Andalah "frontlinear" mereka untuk terus "survive" menghadapi duka banjir dan ujian Covid-19 ini.
Terus menyumbang buat mereka .