BANTUAN KECEMASAN YAMAN

BANTUAN SEGERA!!
DI NEGARA PALING TERUK DI DUNIA
YANG MENGALAMI KRISIS KEBULURAN
DAN KEMISKINAN.
SEKILAS ISU YAMAN
1. Dua juta kanak-kanak alami malnutrisi kronik.
2. Keluarga di pedalaman Yaman terpaksa makan daun untuk terus hidup.
3. Terpaksa mandikan anak kecil yang kurang nutrisi dengan air yang tidak bersih.
4. 24 juta rakyat Yaman lalui kebuluran paling teruk dalam sejarah 100 tahun (United Nation, Jun 2020)
5. Kemudahan kesihatan 'runtuh' hingga hospital terpaksa menolak pesakit, petugas kesihatan tidak dibayar gaji dan peralatan perubatan kehabisan stok.
6. 90% kanak-kanak datang ke hospital kerana masalah kronik nutrisi.
7. Penyumbang terbesar Yaman iaitu UN (United Nation) terpaksa hentikan bantuan kerana kekurangan dana antarabangsa akibat Covid-19.
8. Yaman alami kebuluran kronik, kolera terburuk dan jangkitan Covid-19.
9. Yaman hanya ada ujian test Covid-19 paling rendah di dunia, 31 unit per juta orang.
=====================================
BANTUAN KECEMASAN YAMAN kita hulurkan dalam bentuk Kotak Makanan (makanan kering dan panas). Makanan kering berupa Tepung gandum, Gula, Beras, Minyak, Kacang parang, Pes Tomato, Kacang pis dan lain-lain.
Manakala Tabung Yaman dikhususkan kepada projek-projek di bawah sektor perubatan, pendidikan dan penternakan. Antaranya ialah rawatan mata dan ubat-ubatan, pembelian pakaian dan peralatan sekolah dan ladang kambing biri-biri untuk pembekalan susu, daging dan bulu.
Aman Palestin menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk merebut kebaikan dengan menyertai kempen ini. Jom bersama kita kongsikan kegembiraan kita di sini dengan saudara kita di Yaman. Semoga dengan sumbangan daripada anda semua dapat meringankan beban dan menceriakan kehidupan mereka di sana.
Ayuh kita bantu warga Yaman sekitar Al-Hudaydah, Ibb, Al-Mahwit, Sana’a dan Ma’rib yang dalam kebuluran dan kemiskinan.
=====================================
.jpg)
AMAN PALESTIN DIPERCAYAI
=====================================
“ Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah , ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya."
( Hadis Riwayat Muslim )