Akaun amanpalestinkedah.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

MUSIM SEJUK TIBA LAGI NAMUN MAMPUKAH MEREKA BERTAHAN KALI INI ?


Musim sejuk dalam bayangan fikiran kita mungkin satu musim yang menyamankan.

Namun sebaliknya ia musim yang meresahkan perlarian Syria ,Palestin dan Yaman. Apakah mereka berjaya "survive" kali ini?

Dengan hidup dibawah khemah nipis. Pemanas usang yang hanya berharap pada plastik atau sampah sebagai bahan bakar. Tak ada kerosin. Kerana mereka tak mampu nak beli sendiri minyak itu.

Nyawa bukan saja terancam dengan kesejukan, malahan turut terancam kerana menyedut udara yang toksik kerana pembakaran plastik dan sampah.


Baju yang disidai juga keras dan basah terkena salji. Hinggakan mereka tidak punyai baju ganti di musim sejuk.



AYUH SERTAI MISI MUSIM SEJUK 2021
DENGAN MENGHULURKAN SEDIKIT KEHANGATAN BUAT SAUDARA KITA DI BUMI SYAM DAN YAMAN


PalestinSyria dan Yaman merupakan antara negara yang sangat terjejas bila tibanya musim sejuk di antara bulan Oktober hingga Februari setiap tahun. Suhunya mencecah hingga negatif darjah selsius, kedinginan yang mencengkam tulang belulang. Bertambah teruk lagi dengan pergolakan dan kezaliman penjajah yang tidak pernah henti.


Kemiskinan dan kebuluran, ditambah dengan kesejukan melampau kerana tidak mempunyai penempatan dan kemudahan yang mencukupi sangat menguji mereka.



'Kami Perlukan Makanan'


"Apabila tiba musim sejuk bukan pakaian menjadi keutamaan namun kami lebih memerlukan makanan bagi meneruskan kelangsungan hidup.


"Hidup kami terlalu susah, sukar digambarkan apa yang perlu dilalui setiap hari namun sedaya upaya kami kuatkan diri. Disebabkan itu kami sangat perlukan makanan," kata Shehah Musa Aham, 61, ketika ditemui di Kem Taliank di Lembah Beqaa, Lubnan, semalam.


Shehah berkata, selain memikirkan bekalan makanan, dia juga terlalu bimbangkan keadaan kesihatan ibunya, Fuzzah Al Musa, 80.


"Ibu sakit sejak beberapa tahun lalu, atas faktor usia telinganya juga sudah tidak berfungsi. Kami pula tidak mampu untuk membawanya mendapatkan rawatan. Hanya doa yang dapat saya panjatkan supaya ibu terus kuat.


"Disebabkan itu, saya sangat menghargai apa saja bantuan diterima terutamanya bekalan makanan kerana tidak sampai hati melihat ahli keluarga terutamanya ibu kelaparan," katanya kepada penterjemah Aman Palestin.


Sumber: My Metro (18 Januari 2020)



 ==========================================================



Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ ‏

“Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: 
Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya." (HR Muslim)

Ayuh bersama menyumbang bagi membantu saudara kita di Syam dan Yaman.