KORBAN MURAH DI PALESTIN, SYRIA & YAMAN HANYA RM700

Ibadah korban di bumi para nabi Palestin, Syria & Yaman yang alami krisis bantuan makanan dan kemanusiaan HANYA SERENDAH RM 700 saja.
Kelebihan korban yang kebanyakan kita tak tahu.
Kita tak rasa apa bila dengar Nabi SAW buat korban 100 ekor untuk korban. Kadang kita tak nampak kelebihan korban tu jadi kita tak rasa nak buat korban.
Sabda Nabi Muhammad SAW (maksudnya):
“Muliakanlah korban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu di titian pada Hari Qiamat”.
Allah SWT buat kita berfikir. Bagaimana perasaannya korbankan sesuatu yang paling bernilai dalam hidup kita iaitu seorang anak.Maka Allah gantikan korban seorang anak kepada haiwan ternakan. Masya'Allah.
Dengan korban kita beri orang lain nikmat dan rezeki yang mungkin tak pernah mereka dapat selama ini.
Bukan saja dapat korban MURAH tahun ini bahkan dapat pahala yang lebih berganda kerana pahala ibadah korban di Palestin dan Syria tak sama seperti tempat lain kerana :
- Kita dapat pahala berjuang fi sabilillah kerana menolong kebajikan penjaga Baitul Maqdis dan bumi Syam. Mereka adalah wakil kita dalam pertahankan Palestin.
- Kita dapat pahala memberi makan anak yatim para syuhada.
- Kita dapat pahala memakmurkan Masjid al-Aqsa.
- Kita dapat pahala menyantuni para penghafal Al-Quran kerana majoriti mereka al-Hafiz
- Dan semestinya kita dapat pahala berkorban di bumi para Nabi.
Bahkan ,kita dapat peluang buat korban di Palestin tempat dimana Nabi Ibrahim dimakamkan. Ini ramai yang tak tahu. Tempat makam Nabi Ibrahim yang telah ALLAH syariatkan korban berada di Hebron, Palestin!
Anak-anak di sana yang kurus kerana kurang nutrisi disebabkan makanan yang tak mencukupi.
Rebus rumput dan daun untuk dimakan
Jadi kali ini kita pilih buat Korban MURAH RM 700 Tahun Ini:
Sebabnya mereka alami krisis makanan dan kemanusiaan yang bertambah teruk selepas berlakunya pandemik COVID 19.
- Banyak negara besar memotong bajet bantuan ke Palestin, Syria & Yaman. Ini menyebabkan berlakunya krisis bantuan makanan dan kesihatan kronik di sana.
- Pertambahan mendadak perlarian sebabkan kesesakan di kem-kem perlarian Palestin dan Syria.
- Di Palestin , Israel musnahkan banyak rumah dan sebabkan mereka tinggal di kawasan runtuhan bangunan dan kem perlarian.
- Kesesakan kem perlarian yang kotor, tiada bekalan air bersih dan sanitasi yang baik tingkatkan risiko penyakit dan jangkitan Covid 19.
- 85 % keluarga (Palestin) dan 13.1 juta rakyat Syria bergantung sepenuhnya dengan bantuan kemanusiaan.
- Harga makanan jadi semakin mahal. Sekatan Israel dan covid 19 sebabkan harga makanan mendadak naik. Bahkan haiwan korban yang di bawa masuk ke Palestin dikenakan cukai yang tinggi oleh Israel. Seekor lembu berharga RM 13,300. Bayangkan betapa mahalnya harga daging disana. Sebab itu adanya korban murah ini untuk bantu mereka.
- Kesan perang dan kejatuhan nilai mata wang Syria kerana pandemik Covid19 sebabkan harga makanan jadi lebih tinggi. Lebih-lebih lagi haiwan ternakan.
Keluarga di Gaza yang hanya tinggal di dalam khemah dan serba daif.
Bahkan ulamak juga ada mengeluarkan fatwa tentang sedekah korban di Palestin dan Syria.
Buat Korban di Palestin dan Syria adalah ibadah dan juga bantuan kepada Penjaga Baitul Maqdis dan juga penjaga bumi Syam. Tugas kita bagi pastikan mereka terus hidup disana dengan bantuan kita.
16 TAHUN AMAN PALESTIN DIPERCAYAI DLM MENGURUSKAN
IBADAH KORBAN DI PALESTIN, SYRIA & YAMAN.
Aman Palestin komited dalam menyampaikan hasrat dan amanah penyumbang korban dan akikah Malaysia. Atas kepercayaan ini pada tahun 2022, sebanyak 1,001 ekor lembu dan 3,842 ekor kambing dengan jumlah penerima manfaat sebanyak 114,453 keluarga penerima manfaat melalui penyertaan korban dan akikah 2022.
Bezanya korban bersama AMAN PALESTIN
Korban AMAN PALESTIN adalah kebajikan dan kemanusiaan.
Selain untuk ganjaran pahala korban. Kita dapat beri bantuan kebajikan dan kemanusiaan kepada Palestin dan Syria yang berada dalam keadaan miskin di zon perang berbanding tempat lain di dunia.
Korban AMAN PALESTIN sampai terus ke Palestin dan Syria
AMAN PALESTIN dipercayai dan berdaftar dengan entiti Non Profit Organisation dibawah Syarikat Berhad Menurut Jaminan (719871-K).
Diselia oleh :
- Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri
- Suruhanjaya Syarikat Malaysia
- Financial Action Task Force (FATF)
Korban AMAN PALESTIN akan mendapat sijil yang dihantar terus kepada anda.
Korban AMAN PALESTIN akan di laporkan secara personal kepada anda daripada proses awal hinggalah kepada agihan daging korban.
Ayuh lakukan amal paling dicintai Allah ini dengan KORBAN TERBAIK dan dari BAKA TERBAIK untuk penjaga baitul Maqdis dan bumi Syam.
DENGAN PILIHAN SANGAT MURAH IAITU KORBAN 1 EKOR KAMBING YAMAN RM 700 ATAU 1 BAHAGIAN LEMBU SEJUK BEKU PALESTIN/SYRIA.
HANYA RM 750 SAJA.
Korban 1 bahagian lembu sejuk beku yang MURAH ini adalah peluang kepada kita untuk buat korban bagi orang di Palestin, Syria & Yaman dengan harga yang kita mampu.
Hanya dengan sumbangan korban anda dapat bantu mereka merasa makan daging.
Terus segera sertai korban MURAH di Palestin, Syria & Yaman HARI INI.