TAJAAN ANAK YATIM, IBU TUNGGAL DAN KELUARGA MISKIN PALESTIN
Kenapa anak yatim, ibu tunggal,keluarga Palestin perlu di bela? Lihat kata-kata ini.
"Jika al-Quds (Al-Aqsa) jatuh. Kita tak mampu nak melindungi Madinah. Jika Madinah jatuh kita akan mampu melindungi Mekah. Jika Mekah jatuh kita juga akan kehilangan Ka’abah! Jangan lupakan al-Quds!"
(Presiden Endorgan)
Begitu pentingnya mereka yang berada di Palestin dan sekitar bumi Syam seperti Syria. Ini termasuklah anak yatim, ibu tunggal dan keluarga miskin yang berada disana.
Anak yatim generasi baru yang akan mendukung kebebasan Palestin kelak.
Anak yatim Palestin tinggal seorang diri
Bahkan seperti yang anda tahu, Nabi juga membesar sebagai anak yatim. Jadi anak yatim adalah duta kecil Nabi.
Nabi Muhammad SAW lah yang menjadi pengasuh kepada anak-anak sahabat yang telah syahid semasa perang.
Nabi pernah merasai kehilangan ibu ayahnya dari kecil. Kerana itu Nabi sangat memahami keperluan anak yatim.
Sebab itulah Nabi berkata mereka yang menjaga anak yatim akan menjadi teman rapatnya di Syurga nanti.
Bahkan , Nabi kata. " Sesiapa yang menanggung makan dan minum seorang anak yatim Muslim sehingga cukup keperluannya maka WAJIB baginya Syurga".
(Hadis : Riwayat al-Tabrani)
“Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua ini (Nabi SAW mengisyaratkan dengan dua jari baginda SAW) di syurga”.
[Riwayat Muslim, (2983)]
Terus rebut PELUANG menaja anak-anak yatim, ibu tunggal dan keluarga miskin yang sangat rugi untuk anda lepaskan.
Menjadi asbab murahnya dan bertambah rezeki anda.
Seperti yang dilalui oleh penaja anak yatim Palestin iaitu Dr Nafisah Mohd Hassan.
"Rezeki terbuka luas. Hidup lebih berkat"
"Bagaikan satu hijrah dalam diri saya dan keluarga. Kerana kesannya amat terasa . Sejak menaja anak yatim di Palestin melalui Aman Palestin. Pintu rezeki saya seperti terbuka luas. Saya sentiasa merasa bahagia dan hidup ini rasa lebih berkat. "
Antara anak yatim yang mendapat tajaan daripada rakyat Malaysia melalui Aman Palestin.
"Rasa gembira yang tak dapat nak digambarkan bila dapat surat terima kasih anak yatim yang ditaja. Biarpun tak kenal"
Ini yang dirasai oleh Puan Norlidah Mohd Salleh.
"Mereka adalah keluarga dan anak-anak seagama kita. Jadi saya rasa amat bertuah dapat menaja anak yatim melalui Aman Palestin. Mendapat surat dari anak-anak yatim tajaan saya cukup buat saya gembira tak terkata. Walaupun saya tak pernah mengenali mereka."
"Asbab menaja anak yatim. Allah mudahkan dapat cahaya mata pertama setelah bertahun-tahun kahwin"
Peristiwa ini berlaku kepada Pak Xeno penaja anak yatim daripada Indonesia.
"Alhamdulillah. Dengan rezeki yang Allah berikan kepada saya dan isteri dalam membantu keluarga anak yatim di Palestin. Allah balas dengan ganjaran cahaya mata buat kami. Tidak rugi membantu kerana balasannya tidak lain hanyalah kebaikan untuk kita"
Anak-anak yatim,ibu tunggal dan keluarga miskin Palestin adalah antara golongan yang dizalimi dan dianiayai oleh Israel. Doa mereka termasuk dalam 3 golongan yang doanya sangat mustajab.
Sampaikan ada penaja yang pernah minta kepada anak yatim yang ditaja mendoakan mereka bila berada dalam kesulitan.
Antara ibu tunggal yang mendapat tajaan daripada rakyat Malaysia melalui Aman Palestin.
Sumbangan anda akan membantu tajaan untuk program di bawah.
Sesungguhnya menaja hidup anak-anak yatim, ibu tunggal dan keluarga miskin adalah sedekah yang berpanjangan.
Tidak terharu dan beruntungkah kita, di mana nanti ada insan-insan di Palestin yang akan selalu mendoakan kesejahteraan kita kerana tajaan yang kita berikan ?
Sumbangan tajaan tahun 2021
Ayuh, usah berlengah lagi!!!
JOM SAMA-SAMA BANTU MENAJA MEREKA UNTUK MENERUSKAN HIDUP!
Kerana mereka adalah pendokong kebebasan Baitul Maqdis kelak.
MOGA ASBAB DOA-DOA MEREKA AKAN MEMBAWA KEPADA KEBERKATAN HIDUP DAN KEMURAHAN REZEKI ANDA DUNIA AKHIRAT.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW telah bersabda:
“Apabila matinya seorang manusia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu: sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya, atau anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.”
ANDA JUGA BOLEH!
SERTAI TABUNG TAJAAN
HARI INI!