Akaun amanpalestinkedah.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
Wakaf Hospital Trauma Al-Radzi 2023

 PEMBINAAN PUSAT TRAUMA AMAN PALESTIN 

 HOSPITAL AL-RAZI JENIN, TEBING BARAT PALESTIN 



LATAR BELAKANG HOSPITAL

1. Menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada pesakit miskin di Jenin dan Tebing Barat

pada kadar 12,600 pesakit setahun.


2. Hospital ini mempunyai 181 kakitangan, termasuk kakitanganperubatan dan pentadbiran.


3. Menggunakan bayaran kadar minimum untuk pesakit, bayaran separuh harga dan pengecualian bayaran bagi perkhidmatan rawatan kepada anak yatim dan keluarga miskin.


4. Jabatan dan perkhidmatan yang disediakan di hospital ini adalah :- Pembedahan Am, Perubatan Dalaman,

Obstetrik & Ginekologi, Taska Kanak-Kanak, Rawatan Rapi, Radiologi,

Makmal, Lithotripsy, Mata, Prostetik, Endoskop dan Klinik Pakar











“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan saling menasihati supaya mentaati kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi kesabaran.”
(Surah al-Asr 103:1-3)

photo1622966432.jpeg

photo1622966432 (1).jpeg

Aman Palestin mengagihkan bantuan kecemasan awal RM4,945,600 hasil kempen Bantuan Kecemasan Al-Aqsa yang dilancarkan Mei lalu.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Awang Sufian Awang Piut berkata, bantuan awal itu terdiri daripada pek makanan, kit kebersihan, kewangan, sewaan rumah sementara, baik pulih rumah, ambulans, ubat-ubatan dan penyediaan Unit Kecemasan Hospital Al- Razi.


AYUH REBUT PELUANG GANJARAN BERLIPAT GANDA
SEDEKAH/ WAKAF JUMAAT BERTEPATAN DENGAN HARI ASYURA

Antara amalan utama yang boleh dibuat pada 10 Muharram adalah seperti berikut:


1. Puasa Asyura

Hadis Riwayat Muslim menceritakan ketika Nabi SAW tiba di Madinah dan melihat orang-orang Yahudi berpuasa di hari Asyura.

Rasulullah SAW bertanya, "Hari apa ini?"

Mereka menjawab, "Hari yang baik, hari di mana Allah menyelamatkan Bani Israil dari musuhnya, sehingga Musa pun berpuasa pada hari ini sebagai bentuk syukur kepada Allah."

Akhirnya, Nabi Muhammad bersabda, "Kami (kaum muslimin) lebih layak menghormati Musa daripada kalian." Kemudian, Rasulullah SAW berpuasa dan memerintahkan para sahabat untuk berpuasa," (HR Muslim)

2. Sedekah

Sedekah pada hari Asyura dianggap sebagai sedekah selama setahun.

Ini bertepatan dengan hadis daripada sahabat Abdullah bin Amr bin Ash RA yang bermaksud "Barangsiapa berpuasa Asyura maka seakan-akan berpuasa setahun. Dan barang siapa bersedekah di dalamnya (di hari Asyura) maka dia seperti bersedekah selama setahun."

3. Solat sunat taubat

Umat Islam dianjurkan melakukan solat sunat taubat dan memohon keampunan daripada Allah SWT.