WAKAF PEMBINAAN
PUSAT TRAUMA AMAN PALESTIN
HOSPITAL AL-RAZI
Di Palestin, untuk mendapatkan rawatan yang melibatkan kecederaan yang parah memerlukan perbelanjaan dan dana yang amat besar. Begitu juga dengan kecederaan yang melibatkan serangan seperti tembakan dan tikaman serta kecederaan yang lain.
Di manakah mereka ingin mendapatkan rawatan tersebut dengan kadar kemiskinan yang mereka hadapi??
Jadi, dengan wujudnya Pusat Trauma Aman Palestin ini, sedikit sebanyak membantu dalam memberikan rawatan yang terbaik buat saudara kita di Palestin.

LATAR BELAKANG HOSPITAL
- Menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada pesakit miskin di Jenin dan Tebing Baratpada kadar 12,600 pesakit setahun.
- Hospital ini mempunyai 181 kakitangan, termasuk kakitangan perubatan dan pentadbiran.
- Mengenakan bayaran kadar minimum untuk pesakit, bayaran separuh harga dan pengecualian bayaran bagi perkhidmatan rawatan kepada anak yatim dan keluarga miskin.
- Jabatan dan perkhidmatan yang disediakan di hospital ini adalah Pembedahan Am, Perubatan Dalaman, Obstetrik & Ginekologi, Taska Kanak-Kanak, Rawatan Rapi, Radiologi, Makmal, Lithotripsy, Mata, Prostetik, Endoskop dan Klinik Pakar

Pada tahun 2021, Aman Palestin juga telah mengagihkan bantuan kecemasan sebanyak RM4,945,600 hasil kempen Bantuan Kecemasan Al-Aqsa. Bantuan tersebut terdiri daripada pek makanan, kit kebersihan, kewangan, sewaan rumah sementara, baik pulih rumah, ambulans, ubat-ubatan dan penyediaan Unit Kecemasan Hospital Al-Razi.

Manakala Julai 2023, Pusat Trauma pula akan dibina di dalam kawasan Hospital Al-Razi sebagai pusat trauma pertama di hospital tersebut.
FUNGSI PUSAT TRAUMA AMAN PALESTIN
- Kecederaan melibatkan trauma kemalangan kereta dan jalan raya
- Kecederaan otak traumatik (KOT)
- Kecederaan daya tumpul (kecederaan yg disebabkan objek tumpul, cedera yg disebabkan goncangan dan gegaran)
- Kecederaan disebabkan oleh tembakan dan tikaman
- Melecur yg teruk
INILAH MASA YANG SESUAI UNTUK BERWAKAF!! KITA HADIAHKAN GANJARAN PAHALA BERPANJANGAN TANPA HAD BUAT: DIRI KITA SENDIRI IBU & AYAH AHLI KELUARGA YANG SUDAH TIADA DAN SELURUH UMAT ISLAM TERUTAMA DI PALESTIN!!!
Manakala Julai 2023, Pusat Trauma pula akan dibina di dalam kawasan Hospital Al-Razi sebagai pusat trauma pertama di hospital tersebut.
FUNGSI PUSAT TRAUMA AMAN PALESTIN
- Kecederaan melibatkan trauma kemalangan kereta dan jalan raya
- Kecederaan otak traumatik (KOT)
- Kecederaan daya tumpul (kecederaan yg disebabkan objek tumpul, cedera yg disebabkan goncangan dan gegaran)
- Kecederaan disebabkan oleh tembakan dan tikaman
- Melecur yg teruk
INILAH MASA YANG SESUAI UNTUK BERWAKAF!!
KITA HADIAHKAN GANJARAN PAHALA BERPANJANGAN
TANPA HAD BUAT:
DIRI KITA SENDIRI
IBU & AYAH
AHLI KELUARGA YANG SUDAH TIADA
DAN SELURUH UMAT ISLAM TERUTAMA DI PALESTIN!!!
إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ: إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Maksudnya: Apabila telah mati seorang manusia, maka terputuslah baginya pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya.
Riwayat Muslim (1631)