Akaun amanpalestinkedah.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Bantuan Kecemasan Syria

Bantuan Kecemasan Syria

BANTUAN KECEMASAN SYRIA bertujuan membantu rakyat Syria bagi menghadapi kesempitan yang mencengkam dan kehidupan yang mendesak di kem-kem pelarian. Bantuan yang disalurkan adalah pakej Kotak Makanan yang mengandungi makanan kering seperti:

Gula, Camolino, Chickpeas, Green Canadian Lentils, Red Mashed Lentils, Bulgur Coarse, Halawa, Minyak Sayuran, Jem, Pasta, Vermecelli, Teh, Garam, Tomato, Tuna, Tepung, Ghee Sayuran & Unica

Di samping itu, makanan panas juga disediakan di tempat-tempat yang kritikal dan susah untuk mereka memasak disebabkan kelengkapan yang kurang dan penempatan khemah pelarian yang padat.

Tabung Syria pula difokuskan kepada projek-projek di bawah sektor penternakan, pendidikan dan perubatan seperti ladang kambing biri-biri dan lembu, pembelian pakaian dan peralatan sekolah, menampung kos-kos rawatan pesakit dan sebagainya.

????️ Kotak Makanan (RM250) – sasaran 6,720 keluarga / RM1.68 juta
– Makanan Kering
– Makanan Panas

????️ Tabung Syria (RM50 atau seikhlas hati) – sasaran RM2.52 juta
– Penternakan
– Pendidikan
– Perubatan




Aman Palestin menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk merebut kebaikan dengan menyertai kempen ini. Jom bersama kita kongsikan kegembiraan kita di sini dengan saudara kita di Syria. Semoga dengan sumbangan daripada anda semua dapat meringankan beban dan menceriakan kehidupan mereka di sana.


Ayuh kita bantu warga Syria sekitar Idlib, Aleppo dan lain-lain tempat yang dalam kesempitan.


“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”

(Surah al-Baqarah, ayat 261)





LUASNYA PINTU KEBAIKAN

"Boleh jadi saat engkau tidur terlelap, pintu-pintu langit sedang diketuk oleh puluhan doa kebaikan untukmu, dari seorang fakir yang telah engkau tolong, atau dari seorang kelaparan yang telah engkau beri makan, atau dari seorang yang sedih yang telah engkau bahagiakannya, atau dari seorang yang berpapasan denganmu yang telah engkau lapangkan. Maka janganlah engkau sekali-kali meremehkan sebuah kebaikan"


Ibnu Qayyim Al Jauziyah