Akaun amanpalestinkedah.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

BANTUAN MUSIM SEJUK PALESTIN, SYRIA DAN YAMAN 2021

BANTUAN MUSIM SEJUK PALESTIN, SYRIA DAN YAMAN 2021

Daripada Anas bin Malik Ra, bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: 
“Tidak beriman (sempurna iman) seseorang itu sehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri.”
Riwayat al-Bukhari 


Kesejukan mencecah sehingga -10 darjah celcius dan terasa hingga ke tulang. Dengan kekurangan kelengkapan musim sejuk, saudara-saudara kita terpaksa bertahan dengan apa yang mereka ada. Hidup dalam serba kekurangan namun tiada cara melainkan tawakal yang tinggi kepada Allah swt. Mengharapkan bantuan daripada luar untuk menampung keperluan harian yang semakin berkurang. Dalam keadaan bukan pada musim sejuk, mereka juga menghadapai kesukaran untuk mengumpul bekalan keperluan harian, bagaimana pula mereka dapat menyimpan stok makanan yang banyak untuk menghadapi musim sejuk? 

=============================================================

SITUASI PELARIAN SYRIA

LOKASI MISI AMAN PALESTIN 2020: Lembah Beqaa' Lubnan

Lubnan menempatkan kira-kira 1.4 juta pelarian Syria dengan kira-kira 60 peratus daripada mereka mendiami kira-kira 1,000 kem sekitar Lembah Beqaa termasuk lebih 100 di sekitar Arsal.

kanak-kanak adalah kelompok paling ramai kerana setiap pasangan pelarian mempunyai antara lima hingga 10 anak.

Jumlah ahli keluarga yang ramai  membuatkan mereka bersesak dalam khemah yang diperbuat dari kanvas seluas kira-kira 200 kaki persegi.


Persediaan menghadapi Musim Sejuk

. Suhu di sana ketika musim sejuk mampu mencecah - 10. Salji lebat mampu mencecah satu meter di luar khemah.

Namun begitu, anak-anak pelarian ketika berada di luar rumah terpaksa hanya memakai selipar dan berbaju nipis.

Manakala bekalan elektrik pula hanya dinikmati selepas jam 5.30 petang ketika sebelum solat maghrib hinggalah jam 11 malam.

Gangguan bekalan air pula sukar dijangka kerana boleh berlaku pada bila-bila masa.


Pekerjaan & Pengangguran

 pekerjaan di tapak binaan dan ladang yang terhad, membuatkan kebanyakan keluarga terpaksa bergantung kepada bantuan luar daripada pelbagai pihak bersimpati.

Dalam musim sejuk ini, tidak banyak kerja sebagai buruh kasar yang ada, jadi susah untuk suami mencari rezeki.


Pendidikan

Tiada pendidikan formal disediakan kepada mereka bagi membina kehidupan lebih baik pada masa depan.

Tanpa pendidikan dan pengawasan keluarga yang rapi, mendedahkan anak-anak pelarian kepada gejala sosial dalam kalangan kanak-kanak.

Kos tambang bas untuk ke sekolah yang mahal iaitu RM288 sebulan, menyebabkan ramai yang memilih untuk menghentikan persekolahan anak- anak mereka.

=============================================================

SITUASI RAKYAT PALESTIN

 2.5 juta orang (sedikit lebih separuh penduduk) termasuk lebih daripada 1 juta kanak-kanak memerlukan bantuan kemanusiaan.

Kadar pengangguran tinggi 32.4 peratus di seluruh Palestin dan 53.7 peratus di Gaza, salah satu kadar tertinggi di dunia.

Pengangguran menjangkau 60 peratus belia di Semenanjung Gaza, di mana 80 peratus penduduk bergantung pada beberapa bentuk bantuan kemanusiaan.


=============================================================


ANDAI INI ANAK-ANAK KITA

Keadaan kanak-kanak Palestin, Syria & Yaman ini benar-benar membuatkan kita bersyukur dengan nikmat yang telah Allah berikan walaupun sedikit. Tidak semua akan melalui zaman kanak-kanak yang bahagia dan mengembirakan sepertimana yang kita lalui. Paling utama, kita tidak lahir dan hidup dalam kancah peperangan.  Sesiapa yang melapangkan kesusahan muslim yang lain, Allah akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Bantulah pelarian Palestin, Syria & Yaman.


ALHAMDULILLAH! ALHAMDULILLAH! ALHAMDULILLAH!

KEMPEN BANTUAN MUSIM SEJUK UNTUK BUMI SYAM & YAMAN

MASIH DITERUSKAN 

Kempen "BANTUAN MUSIM SEJUK" telah dibuka semula. Kempen setiap tahun ini bertujuan untuk menyalurkan bantuan kepada mereka bagi menghadapi musim sejuk yang melampau. 

Aman Palestin menyeru kepada semua muslim untuk merebut kebaikan dengan menyertai kempen Bantuan Musim Sejuk.  Semoga dengan sumbangan ini dapat menceriakan hidup mereka

=============================================================

 MISI BANTUAN UNTUK SYRIA - JANUARI 2020 















 MISI BANTUAN UNTUK SYRIA - JANUARI 2019 









Jom bersama kita kongsikan kegembiraan kita disini dengan saudara kita di  Palestin dan Syria.  Semoga dengan sumbangan daripada anda semua dapat meringankan  beban mereka di sana.


 PAKEJ MUSIM SEJUK RM 500

1. Kotak Makanan 200

2. Pemanas & Kerosin 100

3. Peralatan Musim Sejuk 150

4. Bantuan Klinikal 50


Daripada Muawiyyah bin Qurrah RA, daripada ayahnya berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:


"Sekiranya binasa penduduk Syam maka tiada kebaikan bagi kamu. Akan sentiasa ada satu kelompok dari umatku yang dimenangkan, orang yang mengkhianati mereka tidak memberi mudarat kepada sehingga Hari Kiamat."

Hadis Riwayat Al-Tirmizi



===============================


Sebarang pertanyaan hubungi:


0194240413 (Syazwani)
01126011083 (Nurliyana)
Pegawai Pemasaran Aman Palestin Cawangan Kedah
===============================

*****Makluman*****
Bagi tuan/puan yang tiada alamat email, sila guna email ini diruangan email :
amanpalestinkedah@gmail.com