Akaun amanpalestinkedah.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

TABUNG PENAJAAN PALESTIN

TABUNG PENAJAAN PALESTIN

JOM SEDEKAH SERENDAH RM10

UNTUK MASA DEPAN PALESTIN!!


TAHUKAH ANDA SITUASI GETIR YANG MENGHANCURKAN KELUARGA DI PALESTIN?

Kekejaman rejim zionis Israel ke atas Palestin selama ini telah mengakibatkan:

– 65 % masyarakatnya berada di bawah paras kemiskinan tegar.

– 95 % berdepan dengan krisis bekalan air yang tercemar.

– Ketiadaan bekalan elektrik lebih 16 jam sehari.

– 15,000 orang wanita menjadi balu.

– 20,000 orang anak menjadi yatim dan ia semakin bertambah.

– 5,000 kediaman keluarga musnah dan mereka terpaksa tinggal di khemah.

– 30,000 orang wanita menjadi ketua keluarga.



LATAR BELAKANG PROJEK JOM TAJA

Saban hari, ada sahaja berita pengeboman dan pembantaian ke atas penduduk Palestin dan Syria yang sehingga kini telah meragut jutaan nyawa tidak kira bayi, kanak-kanak, wanita dan orang tua. Bahkan kemusnahan infrastruktur seperti rumah, sekolah, masjid dan bangunan-bangunan perniagaan tidak terkira banyaknya dan ianya cukup mustahil untuk dibangunkan semula kerana majoriti mereka tidak mempunyai pekerjaan serta hidup serba daif. Penderitaan mereka diburukkan lagi dengan rampasan tanah dan rumah oleh rejim Zionis sejak tahun 1948 hingga kini .

Selepas serangan dahsyat pada 2014, lebih 1500 orang menjadi anak yatim dan 18,000 unit rumah milik rakyat Palestin musnah. Ditambah pula dengan serangan yang berlaku pada hujung Ramadhan tahun ini jumlah anak yatim, ibu tunggal serta keluarga miskin terus meningkat.



Bagi meringankan penderitaan mereka, JOM TAJA merupakan antara satu kaedah sumbangan berterusan yang terbaik bagi membantu Anak Yatim, Keluarga Miskin, Ibu Tunggal, Dana Pendidikan dan Tabung Penajaan khusus untuk rakyat Palestin. Dengan bantuan ini, mereka mampu hidup seperti kita di negara yang aman.


Daripada Abu Hurairah ra, bahawa Nabi SAW bersabda:

“Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua ini (Nabi SAW mengisyaratkan dengan dua jari baginda SAW) di syurga.” 


(Riwayat Muslim)





LUASNYA PINTU KEBAIKAN

"Boleh jadi saat engkau tidur terlelap, pintu-pintu langit sedang diketuk oleh puluhan doa kebaikan untukmu, dari seorang fakir yang telah engkau tolong, atau dari seorang kelaparan yang telah engkau beri makan, atau dari seorang yang sedih yang telah engkau bahagiakannya, atau dari seorang yang berpapasan denganmu yang telah engkau lapangkan. Maka janganlah engkau sekali-kali meremehkan sebuah kebaikan"


Ibnu Qayyim Al Jauziyah