HANTARLAH BANTUAN KE BAITULMAQDIS JIKA TIDAK MAMPU MENZIARAHINYA

(HR As-Sakhawi)
Tabung Palestin telah dilancarkan secara rasmi oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-pertuan Agong pada 8 September 2009.
Tabung Palestin ini bertujuan untuk memberi kemudahan kepada orang ramai dalam menderma melalui tabung fizikal. Kini, Aman Palestin menyediakan platform menyumbang dengan lebih pantas dan lebih mudah secara dalam talian.
Sumbangan akan disalurkan kepada projek pembinaan masjid, bantuan persekolahan, bantuan perubatan, bantuan kecemasan, bantuan makanan, bantuan pertanian dan lain-lain mengikut keperluan semasa. Rebutlah peluang kebaikan ini setiap hari, moga ada sinar buat mereka.
"AKAN ADA DUA MALAIKAT YANG MENDOAKAN ORANG-ORANG YANG MELAKUKAN INFAQ DI SUBUH HARI"
Kata Rasulullah, setiap subuh Allah akan turunkan Malaikat mendoakan orang-orang yang berinfaq di waktu subuh.
Dari Abu Hurairah, Nabi Muhammad SAW bersabda
"YA ALLAH, GANTIKAN YANG LEBIH BAIK BAGI ORANG YANG INFAQ
DI SUBUH HARI"
Sedangkan satu lagi Riwayat Bukhary
"YA ALLAH, BERIKAN KEROSAKAN BAGI ORANG YANG MENAHAN HARTANYA"
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan saling menasihati supaya mentaati kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi kesabaran.”
(Surah al-Asr 103:1-3)
Masa kita terhad dan sudah ditetapkan bahawa ALLAH memberi satu masa yang tetap kepada kita. Daripada mula kita dilahirkan sehingga saat kita menghembus nafas terakhir, kita tidak mampu atau berupaya untuk mengubah masa tersebut walau sesaat pun, sama ada untuk mempercepatkan atau melambatkannya. Malah tidak ada kuasa di dunia yang boleh mengubah ketetapan itu. Sampai saat dan ketikanya untuk berlaku sesuatu ke atas diri kita mengikut ketetapan-NYA, kita terpaksa akur dan redha dengan ketentuan Ilahi. Oleh itu, ayuhlah rebut peluang dan masa yang masih tersisa ini dengan menggandakan amalan-amalan seperti berzikir, menjaga solat, sedekah jariah dan lain-lain yang dapat memberi syafaat kepada kita di alam abadi kelak. In shaa Allah
AYUH REBUT PELUANG GANJARAN INFAQ SUBUH KERANABELUM TENTU ESOK MILIK KITA
"AKAN ADA DUA MALAIKAT YANG MENDOAKAN ORANG-ORANG YANG MELAKUKAN INFAQ DI SUBUH HARI"
Kata Rasulullah, setiap subuh Allah akan turunkan Malaikat mendoakan orang-orang yang berinfaq di waktu subuh.
Dari Abu Hurairah, Nabi Muhammad SAW bersabda
"YA ALLAH, GANTIKAN YANG LEBIH BAIK BAGI ORANG YANG INFAQ
DI SUBUH HARI"
Sedangkan satu lagi Riwayat Bukhary
"YA ALLAH, BERIKAN KEROSAKAN BAGI ORANG YANG MENAHAN HARTANYA"
LUASNYA PINTU KEBAIKAN
"Boleh jadi saat engkau tidur terlelap, pintu-pintu langit sedang diketuk oleh puluhan doa kebaikan untukmu, dari seorang fakir yang telah engkau tolong, atau dari seorang kelaparan yang telah engkau beri makan, atau dari seorang yang sedih yang telah engkau bahagiakannya, atau dari seorang yang berpapasan denganmu yang telah engkau lapangkan. Maka janganlah engkau sekali-kali meremehkan sebuah kebaikan"
Ibnu Qayyim Al Jauziyah