Akaun amanpalestinkedah.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

HOSPITAL BUAT RAKYAT PALESTIN

HOSPITAL BUAT RAKYAT PALESTIN

Kesihatan Mental adalah cabaran terbesar dalam sektor kesihatan di Palestin. 

(World Health Organisation)


Masalah kesihatan mental merupakan antara masalah besar dalam isu kesihatan di Palestin namun kurang diambil perhatian. Berdasarkan kajian, punca utama masalah mental semakin meluas di Semenanjung Gaza adalah penindasan dan sekatan yang berterusan, taraf hidup yang teruk akibat peningkatan kemiskinan dan perasaan putus asa. (Sumber: UN OCHA)


Lebih 62 peratus kanak-kanak di Palestin kini merasai sakit menghadapi tekanan mental yang mampu menjadikan masa depan mereka musnah dan tidak teratur.


Di Gaza hanya terdapat sebuah hospital kerajaan yang menyediakan rawatan mental bagi menampung 2 juta penduduk. Hanya ada 40 katil untuk kemasukan pesakit mental, manakala 60% kes tidak dapat dirawat disebabkan kekurangan kelengkapan dan ruang untuk pesakit. 

Satu-satunya Pusat Kesihatan Mental Gaza yang wujud kini sudah berusia 60 tahun. Ia tidak dapat menampung keperluan pesakit mental yang semakin meningkat.

Disebabkan kekurangan Pusat Kesihatan Mental ini, Aman Palestin dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Palestin bersama menggalas tanggungjawab untuk membantu mereka.

Sebuah hospital mental yang baharu diperlukan bagi menyediakan rawatan kepada penduduk Gaza yang mengalami masalah mental dengan rawatan yang lebih lengkap.

Bagi merealisasikan projek ini, sebuah MoU untuk membina Hospital Aman Palestin telah ditandatangani Aman Palestin bersama Kementerian Kesihatan Palestin pada 27 Oktober 2019.



Sumbangan wakaf bagi projek ini masih dibuka luas kerana RM 20 juta diperlukan untuk menampung kos pembinaan. 


JUMLAH KUTIPAN TERKINI: 
RM 16,731,000 / RM 20,000,000
(9 September 2021)


Aman Palestin mengajak rakyat Malaysia untuk menyertai projek wakaf ini secara berkumpulan dengan berwakaf RM 50 seorang bersama 10 orang kenalan bagi melengkapkan 1 Lot Sumbangan Wakaf bernilai RM 500. 

Sumbangan wakaf persendirian RM50 atau seikhlas hati juga amat dialu-alukan.



Pelan pembinaan Hospital Aman Palestin yang telah diluluskan di peringkat Jabatan Kerja Raya Palestin.


Ayuh bersama sertai projek wakaf ini bagi memberi harapan baharu kepada rakyat Palestin di Semenanjung Gaza untuk membina semula kehidupan mereka.

Hospital Aman Palestin yang sedang dibina akan menjadi hospital pakar psikiatri dan mental pertama di Semenanjung Gaza yang memberi ruang kepada masyarakat untuk mendapatkan rawatan.



Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya."

(HR Muslim)


Ayuh berwakaf untuk membantu saudara kita di Palestin.






LUASNYA PINTU KEBAIKAN

"Boleh jadi saat engkau tidur terlelap, pintu-pintu langit sedang diketuk oleh puluhan doa kebaikan untukmu, dari seorang fakir yang telah engkau tolong, atau dari seorang kelaparan yang telah engkau beri makan, atau dari seorang yang sedih yang telah engkau bahagiakannya, atau dari seorang yang berpapasan denganmu yang telah engkau lapangkan. Maka janganlah engkau sekali-kali meremehkan sebuah kebaikan"


Ibnu Qayyim Al Jauziyah