Akaun amanpalestinkedah.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

BANTU SAUDARA KITA DI PALESTIN

BANTU SAUDARA KITA DI PALESTIN


JOM SEDEKAH SERENDAH RM10

UNTUK MASA DEPAN PALESTIN!!


LATAR BELAKANG PROJEK JOM TAJA

Saban hari, ada sahaja berita pengeboman dan pembantaian ke atas penduduk Palestin dan Syria yang sehingga kini telah meragut jutaan nyawa tidak kira bayi, kanak-kanak, wanita dan orang tua. Bahkan kemusnahan infrastruktur seperti rumah, sekolah, masjid dan bangunan-bangunan perniagaan tidak terkira banyaknya dan ianya cukup mustahil untuk dibangunkan semula kerana majoriti mereka tidak mempunyai pekerjaan serta hidup serba daif. Penderitaan mereka diburukkan lagi dengan rampasan tanah dan rumah oleh rejim Zionis sejak tahun 1948 hingga kini .

Selepas serangan dahsyat pada 2014, lebih 1500 orang menjadi anak yatim dan 18,000 unit rumah milik rakyat Palestin musnah. Ditambah pula dengan serangan yang berlaku pada hujung Ramadhan tahun ini jumlah anak yatim, ibu tunggal serta keluarga miskin terus meningkat.


#JOMTAJA ANAK YATIM



Siapakah Itu Anak Yatim?

Anak Yatim Piatu adalah anak yang kehilangan kedua ayah dan ibu mereka. Mereka hilang tempat berlindung dan hidup sebatang kara di dunia setelah kehilangan ibu dan ayah mereka. 

Anak Yatim Di Sisi Agama

Allah berfirman di dalam Al Qur’an;

فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۗ وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الْيَتَامَىٰ ۖ قُلْ إِصْلَاحٌ لَهُمْ خَيْرٌ ۖ وَإِنْ تُخَالِطُوهُمْ فَإِخْوَانُكُمْ ۚ وَاللَّهُ يَعْلَمُ الْمُفْسِدَ مِنَ الْمُصْلِحِ ۚ وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ لَأَعْنَتَكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

“Dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak yatim. Katakanlah: Memperbaiki keadaan anak yatim itu amatlah baiknya dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara kamu (yang seagama) dan Allah mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya. Dan jika Allah menghendaki tentulah Dia memberatkan kamu (dengan mengharamkan bercampur gaul dengan mereka). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa Lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Baqarah, ayat 220)


Perkataan Yatim itu juga telah disebut sebanyak 23 kali di dalam Al-Quran. Ini bermakna agama Islam amat menitik beratkan agar kita sentiasa berbuat baik kepada anak yatim. Malah kita diseru untuk membela nasib anak yatim ini agar mereka hidup dengan selesa dan cukup kelengkapan seperti anak yang mempunyai ibu dan ayah.


Rasulullah juga bersabda;

“Aku dan penjaga kepada anak yatim seperti ini di syurga. Berkata Malik, Baginda telah mengisyaratkan dua jari baginda iaitu dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah” (H.R Bukhari) 


Manfaat Berbuat Baik Bersama Anak Yatim

Allah SWT berfirman di dalam Surah Ali-Imran ayat 115 yang bermaksud:

"Dan apa sahaja kebajikan yang mereka lakukan, maka mereka tidak sekali-kali akan dinafikan atau disekat daripada mendapat pahala. Dan ingatlah allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertakwa."

1.   Mewujudkan belas ihsan terhadap golongan yang tidak berkemampuan.

2.   Dimuliakan dan dilimpahkan rezeki yang berkat.

3.   Tergolong dalam golongan yang bertaqwa kepada Allah SWT.

4.   Mendapat pahala kerana berlaku ihsan terhadap Anak Yatim.

5.   Menjadi Teman Rapat Rasul.

(Sumber: Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Negeri Perlis) 


Akibat serangan dari Israel puluhan ribu anak di Palestin telah menjadi Yatim. Mengikut statistik yang telah dikeluarkan oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu, 20,000 anak palestin kehilangan ibu dan ayah mereka. Separuh dari jumlah itu adalah berada di Gaza.


Peperangan As'fil Ma'kul pada tahun 2014 sahaja telah melahirkan 1,500 anak yatim yang kehilangan ibu bapa akibat daripada serangan Israel ke atas Gaza secara besar-besaran.


#JOMTAJA IBU TUNGGAL




Siapakah Itu Ibu Tunggal?

Ibu tunggal bermaksud seorang wanita yang telah kehilangan suaminya. Dalam situasi di Palestin dan Syria, kebanyakan wanita yang digelar ibu tunggal merupakan isteri kepada pejuang Palestin yang telah meninggal dunia. 

Ibu Tunggal Di Sisi Agama

Allah berfirman di dalam Al Qur’an;

السَّاعِى عَلَى الأَرْمَلَةِ وَالْمِسْكِينِ كَالْمُجَاهِدِ فِى سَبِيلِ اللَّهِ – وَأَحْسِبُهُ قَالَ ، يَشُكُّ الْقَعْنَبِىُّ – كَالْقَائِمِ لاَ يَفْتُرُ ، وَكَالصَّائِمِ لاَ يُفْطِرُ

Dari Abu Hurairah ra, ia berkata: Dari Nabi saw bersabda: Orang yang membiayai para janda dan orang miskin itu bagaikan seorang pejuang di jalan Allah. Aku mengira beliau menambahkan: Dan bagaikan orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti. (Sahih Muslim No.5295)



#JOMTAJA KELUARGA MISKIN




Kemiskinan di Gaza & Tebing Barat mencecah 80%. Ditambah dengan kesengsaraan mereka yang tiada pekerjaan . Mereka turut menanggung hutang yang banyak. Di saat ini sebanyak 155 keluarga benar-benar memerlukan bantuan untuk meneruskan hidup atas faktor kemiskinan tegar.

“Barangsiapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, niscaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat. Barangsiapa yang meringankan penderitaan seorang yang susah, pasti Allah akan meringankan penderitaannya di dunia dan di akhirat."

( H.R Muslim )






JOM SERTAI PROJEK TAJAAN INI

HARI INI!



APA KATA PARA PENAJA?

"Bagaikan satu hijrah dalam diri saya dan keluarga kerana kesannya amat terasa.Semenjak membiayai anak yatim Palestin, pintu rezeki saya seperti terbuka luas. Saya sentiasa merasa bahagia dan diberkati ketika bersama keluarga dan rakan-rakan".  

Dr.Naffisah Mohd Hassan|Penaja Anak Yatim|MALAYSIA

"Alhamdulillah, dengan kemudahan yang Allah berikan kepada saya dan isteri dalam membantu keluarga yatim di Palestin, Allah membalas dengan ganjaran cahaya mata buat kami. Tidak rugi membantu kerana balasannya tidak lain hanyalah kebaikan untuk kita".

Bapak Xeno|Penaja Anak Yatim|INDONESIA

"Saya rasa amat bertuah dapat bekerjasama dengan Aman Palestin dalam Projek Kafalah ini. Mendapat surat daripada keluarga & anak-anak yatim tajaan saya cukup menggembirakan saya walaupun saya tidak pernah mengenali mereka. Mereka adalah keluarga & anak-anak seagama saya".

Norlidah Mohd Salleh|Penaja Anak Yatim|SINGAPURA



AYUH, USAH BERLENGAH LAGI!!!

JOM KITA SAMA-SAMA BANTU TAJA MEREKA UNTUK MENERUSKAN HIDUP!

MOGA ASBAB DOA-DOA MEREKA SEBAGAI ANAK YATIM DAN PENDUDUK DI BUMI BARAKAH INI AKAN MEMBAWA KEPADA KEBERKATAN HIDUP DAN KEMURAHAN REZEKI KITA DUNIA AKHIRAT.