BANTUAN KECEMASAN LUBNAN

300, 000 HILANG TEMPAT TINGGAL, KEMATIAN BERTAMBAH DAN STOK MAKANAN MUSNAH .
Gudang di pelabuhan Beirut meletup dipercayai berpunca dari 2,750 tan ammonium nitrat yang disimpan sejak enam tahun lalu, sejak 2014.
Ia dapat didengari sehingga 200KM di kepulauan Cyprus di timur Mediterranean.
Sekurang-kurangnya 175 orang terkorban dan lebih 5,000 yang lain tercedera.
Semua bangunan berdekatan dilaporkan musnah dan pelabuhan Beirut tidak dapat berfungsi.



Gudang gandum yang menjadi sumber UTAMA makanan penduduk Lubnan turut musnah.
Bahkan gudang ubat-ubatan untuk penyakit kritikal, 90% musnah tidak dapat digunakan lagi.

Tak dapat dibayangkan. Kekuatan gelombang letupan yang berlaku menyamai 3.3 magnitud gelombang gempa bumi.
Jumlah kematian makin meningkat.
Bahkan sebelum ini. LUBNAN sudah diuji dengan:
Kelumpuhan ekonomi.
Masalah kebuluran.
Pencemaran udara dan radiasi.
Krisis kesihatan.

Serentak itu, Aman Palestin telah memberi bantuan kecemasan awal
3 buah van ambulans yang sedia ada
Bantuan kewangan AS$100,000.

“Letupan berkenaan adalah peringatan Allah SWT yang ditayangkan secara realiti di hadapan mata kita menerusi kemampuan teknologi terkini."
Lubnan sangat dekat dengan kita. Kerana Lubnan antara negara yang paling padat dengan perlarian Syria dan Palestin.
Dengan jumlah 156 orang perlarian per 1000 penduduk Lubnan.
BANTUAN KECEMASAN LUBNAN masih belum mencapai sasaran iaitu sebanyak RM 2 juta lagi.
Bantuan yang akan disalurkan:
1. Ubat-ubatan
2. Pek makanan
3. Tempat perlindungan
4. Kecemasan dan lain-lain
Segera kita bersama menyumbang bagi membantu saudara kita di Lubnan.
Daripada Muawiyyah bin Qurrah RA, daripada ayahnya berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
إذا فسد أهلُ الشامِ فلا خيرَ فيكم : لا تزالُ طائفةٌ من أُمَّتِي منصورينَ لا يَضُرُّهُمْ من خَذَلَهُمْ حتى تقومَ الساعةُ
"Sekiranya binasa penduduk Syam maka tiada kebaikan bagi kamu. Akan sentiasa ada satu kelompok dari umatku yang dimenangkan, orang yang mengkhianati mereka tidak memberi mudarat kepada sehingga Hari Kiamat."
HR AL-TIRMIZI
Dinilai hasan sahih oleh al-Tirmizi
