
TAUFAN AL-AQSA!!
KEADAAN MANGSA SERANGAN GANAS ISRA4L SEMAKIN TERUK!

Musim sejuk di Gaza adalah situasi yang sangat mencabar buat penduduk di sana. Keadaan menjadi semakin mendesak buat mereka kerana perlu menahan sakit dalam keadaan sejuk yang mencengkam hingga ke tulang tanpa ada tempat kediaman.
Sejak 7 Oktober 2023, tapak awam termasuk rumah, kemudahan awam, sekolah dan hospital menjadi sasaran di Semenanjung Gaza. Sebahagian dari mereka yang dapatkan rawatan hanya tidur di koridor-koridor dan lantai hospital tanpa ada sebarang alas!
Menurut Anadolu Agency, bangunan yang musnah sepenuhnya adalah lebih dari 40,000 rumah, 56 buah masjid, 88 pejabat dan kemudahan kerajaan.


Sudah tidak ada tempat yang selamat di Gaza! Masjid, hospital, rumah, sekolah, semuanya tidak terlepas daripada kekejaman rejim Zionis. Bahkan sehingga pokok-pokok, batu dan segalanya menjadi sasaran serangan pengeboman pesawat rejim Zionis.



Tentera penjajah telah melepaskan tembakan rambang sehingga mengenai rakyat Gaza yang berlindung di Sekolah Malaysia ini.
Akibatnya lebih 20 orang cedera akibat tembakan yang dilepaskan oleh penjajah Israel. Mangsa-mangsa kecederaan telah dihantar ke hospital yang berhampiran iaitu Hospital Syuhada Al-Aqsa, Dir Balah.


Alhamdulillah pada 10 November 2023, Ops Ihsan melaksanakan penghantaran kedua Bantuan Kemanusiaan Palestin anjuran kerajaan Malaysia dengan lebih 40 NGO telah menghantar 20 tan bantuan yang berbentuk keperluan asas dan perubatan untuk rakyat Gaza. Sehingga ke hari ini, Aman Palestin meneruskan lagi usaha mengumpulkan bantuan untuk disampaikan kepada rakyat Palestin khususnya Gaza dan terus berharap agar sempadan Refah dibuka lebih luas untuk membawa masuk minyak, perubatan, bekalan makanan dan bantuan-bantuan asas yang lain!
Ustaz Ismail Juffri, Pengurus Media Aman Palestin berkata "Termasuk dalam bantuan sebanyak 40 tan yang telah berjaya dihantar melalui pesawat kargo khas itu (fasa 1 dan 2), sumbangan Aman Palestin dengan kerjasama MyMedic yang berupa ubat-ubatan untuk saudara kita di Gaza."
"Pada ketika ini, letakkan keutamaan kita kepada bantuan lebih banyak kepada Gaza agar mereka terus bertahan dan tidak meninggalkan Gaza," ujar Ustaz Ismail, Pengurus Jabatan Media dan Dokumentasi Aman Palestin.
Jadi adakah ia masih tidak berkaitan dengan kita ?
Ayuh bantu mereka. Bantu mereka teruskan hidup bertahan disana dengan sumbangan anda.
Kita perlukan mereka sebagai wakil kita mempertahankan Al-Aqsa.


Ayuh. Usah tangguh-tangguh!
KEMENANGAN PALESTIN sudah semakin hampir!
Adakah kita akan menjadi sebahagian saff daripada kemenangan tersebut?
Nilailah diri kita. Masih belum terlambat untuk bertindak dari sekarang!
Sumbanglah untuk Palestin!
Berdoalah untuk Palestin!
Allahuakbar!