KORBAN DI BUMI YAMAN

Sedekah Daging
KALAU TAK CUKUP DUIT UNTUK IBADAH KORBAN TAHUN INI,
KITA SEDEKAH DAGING PUN AMAT MEMBANTU SAUDARA KITA!
Di Palestin, Syria dan Yaman, daging diibaratkan seperti makanan yang paling berharga dan kelazatannya adalah yang dinanti-nantikan. Paling tidak pun, kita tak laksanakan ibadah korban di sana, kita sedekahkan lah daging untuk mereka.
Dengan sedekah sebanyak RM300, pastinya berbungkus-bungkus daging kita dapat berikan untuk saudara kita di sana!
Ibadah korban di negara paling teruk didunia alami masalah kebuluran dan kemiskinan.
Kelebihan korban yang kebanyakan kita tak tahu.
Kita tak rasa apa bila dengar Nabi SAW buat korban 100 ekor untuk korban. Kadang kita tak nampak kelebihan korban tu jadi kita tak rasa nak buat korban.
Sabda Nabi Muhammad SAW (maksudnya):
“Muliakanlah korban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu di titian pada Hari Qiamat”.
Kata Rasullullah SAW. Pabila semua makhluk bangun dipadang masyar kelak. Semuanya akan bergerak menuju masyar. Ada 3 cara menuju ke masyar. Kumpulan pertama. Kumpulan yang naik binatang tunggangan.
Kumpulan kedua kumpulan yang akan berjalan kaki. Berdarah-darah tapak kaki berjalan tanpa henti. Kumpulan ketiga yang paling celaka. Iaitu mereka yang berjalan kaki diatas.Muka dibawah dihentak-hentakkan hingga ke masyar.
Kata ulamak. Maka beruntunglah mereka yang disediakan oleh Allah binatang tunggangan.
Dan binatang tunggangan itu adalah hasil korban yang mereka lakukan korban dengan ikhlas masa hidup dimuka bumi Allah dulu.
Allah SWT buat kita berfikir. Bagaimana perasaannya korbankan sesuatu yang paling bernilai dalam hidup kita iaitu seorang anak.Maka Allah gantikan korban seorang anak kepada haiwan ternakan. Masya'Allah.
Bayi Yaman alami malnutrisi kronik
[Fakta : 1 kanak-kanak mati setiap 10 minit di Yaman]
Ganjaran kebaikan yang tak terkira banyaknya.
Seperti apa yang Nabi sebut. Apabila sahabat bertanya kepada Nabi.“Ya Rasulullah, apakah ertinya sembelihan korban ini?
Lalu Nabi jawab. “Ia sunnah bapa kamu Ibrahim.” Mereka bertanya: Apa yang akan kami dapat daripadanya?”
Nabi berkata: "Bagi setiap helai rambut satu kebajikan.” Mereka bertanya lagi : “Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah?”
Kata Nabi lagi “Bagi setiap helai rambut dan bulu halusnya satu kebajikan.”
Sekeluarga di pedalaman Yaman terpaksa makan daun untuk terus hidup
Betapa besar nikmat korban yang Allah berikan kepada kita.
Jadi korban yang terbaik adalah kepada mereka yang SANGAT MEMERLUKAN.
Saat ini saudara seislam kita yang berada di YAMAN mengharapkan bantuan kita.
2 orang wanita sedang mandikan anak kecil yang kurang nutrisi dengan air yang tak bersih yang diambil daripada perigi.
24 juta rakyat YAMAN lalui "KEBULURAN PALING TERUK DALAM SEJARAH 100 TAHUN DUNIA"
SUMBER : UNITED NATION (UN ,JUN 2020)
- 2 Juta kanak-kanak bawah umur 5 tahun hadapi malnutrisi akut.
- Kemudahan kesihatan 'runtuh' hingga hospital terpaksa menolak pesakit. Petugas kesihatan tidak dibayar gaji . Peralatan perubatan kehabisan stok.
- 90% kanak-kanak datang ke hospital kerana masalah kronik nutrisi.
- Penyumbang terbesar Yaman iaitu UN (United Nation) terpaksa tutup bantuan kerana kekurangan dana antarabangsa akibat Covid 19
- Yaman alami kebuluran kronik, kolera terburuk dan jangkitan Covid 19.
- Kolera semakin buruk kerana mereka terpaksa minum sumber air daripada perigi kotor. Tak ada sumber air bersih.
- Yaman hanya ada ujian test covid 19 paling rendah didunia. 31 unit untuk per juta orang.
- 150 hospital dihentikan khidmat untuk wanita bersalin oleh PBB.
- Keadaan jangkitan covid 19 tak terkawal diseluruh Yaman. Bandar Aden saja telah mempunyai 950 kematian disebabkan covid 19 pada Mei 2020. Jumlah ini akan makin bertambah.
Adakah kita masih ragu-ragu untuk membuat korban kepada Yaman kali ini?
Dengan harga korban yang lebih rendah daripada harga korban di Malaysia.
Serta peluang buat korban sambil membantu mereka yang kebuluran.
Mungkin kali ini saja peluang yang diberikan untuk kita .
Bezanya korban bersama AMAN PALESTIN
Korban AMAN PALESTIN adalah kebajikan dan kemanusiaan.
Selain untuk ganjaran pahala korban. Kita dapat beri bantuan kebajikan dan kemanusiaan kepada Yaman yang berada dalam keadaan paling kritikal berbanding tempat lain di dunia.
Korban AMAN PALESTIN disalurkan terus ke Yaman.
16 TAHUN AMAN PALESTIN DIPERCAYAI DLM MENGURUSKAN
IBADAH KORBAN DI PALESTIN , YAMAN & SYRIA.
Aman Palestin komited dalam menyampaikan hasrat dan amanah penyumbang korban dan akikah Malaysia. Atas kepercayaan ini pada tahun 2021, 1,145 ekor lembu dan 2, 393 ekor kambing berjaya dikorbankan melalui penyertan korban 2021.
Manakala pada tahun 2022 , sebanyak 1,001 ekor lembu dan 3,482 ekor kambing
telah berjaya dikorbankan, dan memberi manfaat kepada 114,453 orang
KORBAN TAHUN 2021
KORBAN TAHUN 2022
Korban AMAN PALESTIN akan mendapat sijil yang dihantar terus kepada anda.
Korban AMAN PALESTIN akan di laporkan secara personal kepada anda daripada proses awal hinggalah kepada agihan daging korban.
Segera rebut peluang KORBAN di negara paling terjejas teruk dalam krisis kebuluran terburuk di dunia.
Dengan harga SERENDAH
RM700 / SEEKOR KAMBING
Jom SEGERA buat korban dan menyumbang untuk YAMAN tahun ini .