Akaun amanpalestinkedah.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

SERUAN KORBAN KECEMASAN & AKIKAH DI YAMAN

SERUAN  KORBAN KECEMASAN & AKIKAH DI YAMAN

  Korban Kecemasan Untuk Yaman  

Ibadah korban di negara paling teruk didunia alami masalah kebuluran dan kemiskinan.


Kelebihan korban yang kebanyakan kita tak tahu.

Kita tak rasa apa bila dengar Nabi SAW buat korban 100 ekor untuk korban. Kadang kita tak nampak kelebihan korban tu jadi kita tak rasa nak buat korban.


Sabda Nabi Muhammad SAW (maksudnya): 

“Muliakanlah korban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu di titian pada Hari Qiamat”.

Kata Rasullullah SAW. Pabila semua makhluk bangun dipadang masyar kelak. Semuanya akan bergerak menuju masyar. Ada 3 cara menuju ke masyar. Kumpulan pertama. Kumpulan yang naik binatang tunggangan. 


Kumpulan kedua kumpulan yang akan berjalan kaki. Berdarah-darah tapak kaki berjalan tanpa henti. Kumpulan ketiga yang paling celaka. Iaitu mereka yang berjalan kaki diatas.Muka dibawah dihentak-hentakkan hingga ke masyar.


Kata ulamak. Maka beruntunglah mereka yang disediakan oleh Allah binatang tunggangan. 


Dan binatang tunggangan itu adalah hasil korban yang mereka lakukan korban dengan ikhlas  masa hidup dimuka bumi Allah dulu.


Tak mampu jika kita seorang manusia biasa hendak korbankan anak sendiri . Kerana kelemahan iman dan jiwa kita yang sangat sayangkan anak-anak.


Allah SWT buat kita berfikir. Bagaimana perasaannya korbankan sesuatu yang paling bernilai dalam hidup kita iaitu seorang anak.Maka Allah gantikan korban seorang anak kepada haiwan ternakan. Masya'Allah. 



Bayi Yaman alami malnutrisi kronik

[Fakta : 1 kanak-kanak mati setiap 10 minit di Yaman]


Ganjaran kebaikan yang tak terkira banyaknya.


Seperti apa yang Nabi sebut. Apabila sahabat bertanya kepada Nabi.“Ya Rasulullah, apakah ertinya sembelihan korban ini?

Lalu Nabi jawab. “Ia sunnah bapa kamu Ibrahim.” Mereka bertanya: Apa yang akan kami dapat daripadanya?”

Nabi berkata: "Bagi setiap helai rambut satu kebajikan.” Mereka bertanya lagi : “Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah?” 

Kata Nabi lagi “Bagi setiap helai rambut dan bulu halusnya satu kebajikan.” 



Sekeluarga di pedalaman Yaman terpaksa makan daun untuk terus hidup


Betapa besar nikmat korban yang Allah berikan kepada kita.

Jadi korban yang terbaik adalah kepada mereka yang SANGAT MEMERLUKAN. 


Saat ini saudara seislam kita yang berada di YAMAN mengharapkan bantuan kita.



2 orang wanita sedang mandikan anak kecil yang kurang nutrisi dengan air yang tak bersih yang diambil daripada perigi.



24 juta rakyat YAMAN lalui "KEBULURAN PALING TERUK DALAM SEJARAH 100 TAHUN DUNIA" 

SUMBER : UNITED NATION (UN ,JUN 2020)


  • 2 Juta kanak-kanak bawah umur 5 tahun hadapi malnutrisi akut.
  • Kemudahan kesihatan 'runtuh' hingga hospital terpaksa menolak pesakit. Petugas kesihatan tidak dibayar gaji . Peralatan perubatan kehabisan stok.
  • 90% kanak-kanak datang ke hospital kerana masalah kronik nutrisi.
  • Penyumbang terbesar Yaman iaitu UN (United Nation) terpaksa tutup bantuan kerana kekurangan dana antarabangsa akibat Covid 19
  • Yaman alami kebuluran kronik, kolera terburuk dan jangkitan Covid 19.
  • Kolera semakin buruk kerana mereka terpaksa minum sumber air daripada perigi kotor. Tak ada sumber air bersih.
  • Yaman hanya ada ujian test covid 19 paling rendah didunia. 31 unit untuk per juta orang.
  • 150 hospital dihentikan khidmat untuk wanita bersalin oleh PBB.
  • Keadaan jangkitan covid 19 tak terkawal diseluruh Yaman. Bandar Aden saja telah mempunyai 950 kematian disebabkan covid 19 pada Mei 2020. Jumlah ini akan makin bertambah.



Adakah kita masih ragu-ragu untuk membuat korban kepada Yaman kali ini?

Dengan harga korban yang lebih rendah daripada harga korban di Malaysia. 

Serta peluang buat korban sambil membantu mereka yang kebuluran.

Mungkin kali ini saja peluang yang diberikan untuk kita .



Bezanya korban bersama AMAN PALESTIN


Korban AMAN PALESTIN adalah kebajikan dan kemanusiaan.

Selain untuk ganjaran pahala korban. Kita dapat beri bantuan kebajikan dan kemanusiaan kepada Yaman yang berada dalam keadaan paling kritikal berbanding tempat lain di dunia.


Korban AMAN PALESTIN disalurkan terus ke Yaman.









Korban AMAN PALESTIN 14 tahun berpengalaman dalam urusan korban dan akikah di negara miskin dan perang seperti Palestin, Syria, Lubnan, Bangladesh.


Pada tahun 2019, RM 3.9 juta nilai daging diterima melalui penyertan korban dan akikah 2019.




    KORBAN TAHUN 2019 





AMAN PALESTIN dipercayai dan berdaftar dengan entiti Non Profit Organisation dibawah Syarikat Berhad Menurut Jaminan (719871-K).

Diselia oleh :

  • Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri
  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia
  • Financial Action Task Force (FATF)




Korban AMAN PALESTIN akan mendapat sijil yang dihantar terus kepada anda.



Korban AMAN PALESTIN akan di laporkan secara personal kepada anda daripada proses awal hinggalah kepada agihan daging korban.




Korban AMAN PALESTIN dan sumbangan sebanyak RM 500 ke atas LAYAK

dapat pelepasan cukai.

(Pegawai Aman Palestin akan hubungi anda secara personal untuk urusan resit pelepasan cukai)



Segera rebut peluang KORBAN di negara paling terjejas teruk dalam krisis kebuluran terburuk di dunia.


Dengan harga SERENDAH 





 

Bagi anda yang tak berniat untuk membuat korban tahun ini. Tak perlu risau. Boleh terus menyumbang ke


Tabung Kecemasan Yaman


Tabung kecemasan Yaman adalah untuk membeli keperluan asasi untuk rakyat Yaman seperti makanan asas dan keperluan perubatan. 


Jom SEGERA buat korban dan menyumbang untuk YAMAN tahun ini .