MUSIM SEJUK PALESTIN, SYRIA & YAMAN. BILA KEBAJIKAN JADI SATU TANGGUNGJAWAB AGAMA

MUSIM SEJUK NEGATIF 0 CELCIUS YANG MENCENGKAM TULANG.
Musim sejuk dalam bayangan fikiran kita mungkin satu musim yang menyamankan.
Namun sebaliknya ia musim yang meresahkan perlarian Syria ,Palestin dan Yaman. Apakah mereka berjaya "survive" kali ini?
Dengan hidup dibawah khemah nipis. Pemanas usang yang hanya berharap pada plastik atau sampah sebagai bahan bakar. Tak ada kerosin. Kerana mereka tak mampu nak beli sendiri minyak itu.
Nyawa bukan saja terancam dengan kesejukan, malahan turut terancam kerana menyedut udara yang toksik kerana pembakaran plastik dan sampah.
Bahkan ada juga yang sampai terdesak kerana terlalu sejuk hingga sanggup bakar baju sebagai bahan bakar bagi memastikan api sentiasa ada untuk memanaskan badan anak-anak mereka

Hidup perlu diteruskan. Walaupun terpaksa menghidu jelaga asap daripada plastik yang dibakar dalam pemanas ini. Anak kecil ini rela. Asalkan tak kesejukan.
.
Tanpa baju dan selimut tebal untuk dipakai. Apatah lagi nak pakai stokin dan kasut . Mereka pun tak mampu nak membelinya.

Ramai anak pelarian hanya berselipar pada musim sejuk.

Anak ini hanya berkaki ayam berjalan di dalam lumpur selepas kem mereka dilanda ribut salji.
Setiap kali musim sejuk tiba. Pasti akan ada berita kematian akibat hypothermia (suhu badan turun mendadak).
Hidup susah pelarian bukan saja tidak ada baju, selimut dan pemanas untuk memanaskan badan.
Lebih teruk lagi mereka tidak ada bekalan makanan dan menahan lapar dalam keadaan sejuk melampau.
Melihat anak-anak kecil merengek kelaparan dan menangis untuk disuap sangat meruntun hati.
Lapar dalam sejuk adalah satu situasi yang sukar dibayangkan.
Dengan baju nipis dan hanya berselipar dalam keadaan tanah yang berlumpur.
Buatkan anak-anak perlarian ini menggigil dan terketar-ketar menahan sejuk.
Lebih buruk lagi hujan lebat dan ribut salji turut menambah situasi khemah pelarian menjadi musnah disebabkan banjir .

Banjir yang berlaku di kem pelarian Bar Elias akibat ribut salji yang berlaku.
Bayangkan, waktu musim hujan di negara kita pun sudah sangat sejuk terasa . Itupun kita berlindung di dalam rumah ada dinding dan bumbung yang sempurna. Sejuk itu boleh dirasai hingga kedalam rumah.
Inikan mereka yang hanya berlindung daripada salji tebal dan hujan lebat disebalik khemah nipis saja?

Baju yang disidai juga keras dan basah terkena salji. Hinggakan mereka tidak punyai baju ganti di musim sejuk.
Bukan sekadar perlukan keperluan untuk hidup . Bahkan ia juga mengancam nyawa! Terutamanya bayi dan kanak-kanak.
"Kami lebih rela mati di bom di Syria. Daripada mati kesejukan begini disini."
Luahan hati seorang bapa yang anaknya meninggal kerana suhu sejuk bawah negatif 6 celcius yang membunuh.
Tak mampu bayi sekecil 7 bulan itu melawan sejuk yang menggila. Abdul Wahab adalah salah seorang bayi yang terkorban kerana kesejukan melampau atau hypotherma. Melihat anak sendiri kaku dan biru pasti merobek hati.
Sudah lemah kerana kelaparan 2 anak Iman mati kesejukan.
Ini turut berlaku pada Iman. Pada minggu pertama musim sejuk, bayi kecilnya maninggal dunia. Seminggu selepas itu anak perempuan turut meninggal dunit. Berturut-turut kehilangan anak yang disayangi. Pasti beri mimpi buruk kepada seorang ibu .
Iman antara pelarian yang lari daripada Syria bersama 4 orang anaknya sehelai sepinggang selepas suaminya terbunuh dalam serangan bom di Syria.
Kini mereka tinggal bertiga.

Hanya tinggal bertiga. Iman bersama 2 lagi anak lelakinya.
Selain itu, bukan saja ancaman hypotherma yang perlu mereka lalui. Frostbite atau pun kerosakan tisu kulit disebabkan sejuk melampau juga sering berlaku kepada mereka.

Sarah, 3 tahun anak Syria yang mengalami frostbite di pipi dan dahinya ketika melalui ribut salji semasa melintas sempadan Syria-Lubnan di pergunungan.
Kita tak mampu sekat musim sejuk yang datang. Mahupun tamatkan perang yang berlaku di Palestin, Syria dan Yaman.
Tapi kita mampu beri "kehangatan " kepada mereka melalui sumbangan PAKEJ MUSIM SEJUK hanya RM250.
Dengan PAKEJ MUSIM SEJUK ini dapat memberi mereka :
STOK MAKANAN UNTUK 2 MINGGU
(1 keluarga akan mendapat 1 kotak stok makanan yang bernilai 30 USD= RM124.)


PEMANAS DAN MINYAK KEROSIN ( 20 liter minyak untuk 1 keluarga)

PEK UBATAN DAN KECEMASAN

KELENGKAPAN HARIAN ( BAJU, SELIMUT ,KASUT DAN LAIN-LAIN)

Semua bahan yang terdapat dalam PAKEJ MUSIM SEJUK RM250 ini adalah BARANG KEPERLUAN yang SANGAT PENTING untuk mereka terus BERTAHAN di musim sejuk .
TERUS MENYUMBANG buat pelarian Palestin, Syria dan Yaman .
Sumbangan anda penentu perjuangan hidup mereka untuk 3 bulan musim sejuk kali ini .

Juga boleh sumbang setakat yang anda mampu. Melalui TABUNG MUSIM SEJUK .
Terima kasih kerana membantu mereka "SURVIVE" kali ini.