MUSIM SEJUK NEGATIF 0 CELCIUS YANG MENCENGKAM TULANG.
Musim sejuk dalam bayangan fikiran kita mungkin satu musim yang menyamankan.
Namun sebaliknya ia musim yang meresahkan perlarian Syria ,Palestin dan Yaman. Apakah mereka berjaya "survive" kali ini?
Dengan hidup dibawah khemah nipis. Pemanas usang yang hanya berharap pada plastik atau sampah sebagai bahan bakar. Tak ada kerosin. Kerana mereka tak mampu nak beli sendiri minyak itu.
Anak ini hanya berkaki ayam berjalan di dalam lumpur selepas kem mereka dilanda ribut salji.
Setiap kali musim sejuk tiba. Pasti akan ada berita kematian akibat hypothermia (suhu badan turun mendadak).
Lebih buruk lagi hujan lebat dan ribut salji turut menambah situasi khemah pelarian menjadi musnah disebabkan banjir .
Banjir yang berlaku di kem pelarian Bar Elias akibat ribut salji yang berlaku.
Bayangkan, waktu musim hujan di negara kita pun sudah sangat sejuk terasa . Itupun kita berlindung di dalam rumah ada dinding dan bumbung yang sempurna. Sejuk itu boleh dirasai hingga kedalam rumah.
Inikan mereka yang hanya berlindung daripada salji tebal dan hujan lebat disebalik khemah nipis saja?
Baju yang disidai juga keras dan basah terkena salji. Hinggakan mereka tidak punyai baju ganti di musim sejuk.
Bukan sekadar perlukan keperluan untuk hidup . Bahkan ia juga mengancam nyawa! Terutamanya bayi dan kanak-kanak.
"Kami lebih rela mati di bom di Syria. Daripada mati kesejukan begini disini.
Beri "kehangatan " kepada mereka melalui sumbangan PAKEJ MUSIM SEJUK hanya RM250.
Dengan PAKEJ MUSIM SEJUK ini dapat memberi mereka :
STOK MAKANAN UNTUK 2 MINGGU
(1 keluarga akan mendapat 1 kotak stok makanan yang bernilai 30 USD= RM124.)
PEMANAS DAN MINYAK KEROSIN ( 20 liter minyak untuk 1 keluarga)
PEK UBATAN DAN KECEMASAN
KELENGKAPAN HARIAN ( BAJU, SELIMUT ,KASUT DAN LAIN-LAIN)
Semua bahan yang terdapat dalam PAKEJ MUSIM SEJUK RM250 ini adalah BARANG KEPERLUAN yang SANGAT PENTING untuk mereka terus BERTAHAN di musim sejuk .
Hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud,
“Wahai Rasulullah SAW, siapakah orang yang paling disukai Allah? Dan amalan apa yang paling disukai Allah?”
Nabi menjawab, “Orang yang paling disukai Allah ialah orang yang paling bermanfaat kepada orang lain. Amalan yang paling disukai Allah ialah kegembiraan yang engkau hadirkan buat seorang muslim, atau engkau angkat kesusahan yang menimpanya, atau engkau langsaikan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya. Dengan aku berjalan bersama saudaraku untuk suatu urusannya lebih aku suka daripada dapat beriktikaf di masjid ini selama sebulan.” (Hadis riwayat at-Thabrani)
TERUS MENYUMBANG buat pelarian Palestin, Syria dan Yaman .
Sumbangan anda penentu perjuangan hidup mereka untuk 3 bulan musim sejuk kali ini .
Juga boleh sumbang setakat yang anda mampu. Melalui TABUNG MUSIM SEJUK .
Terima kasih kerana membantu mereka "SURVIVE" kali ini.