RAMADAN BAKAL MENINGGALKAN KITA
REBUT PAHALA 10 MALAM TERAKHIR DENGAN SEDEKAH.
Hakikat sedekah sebenarnya yang kita tak tahu.
Duit kita yang sebenarnya adalah yang kita sedekahkan.
Itulah 'duit' yang KEKAL untuk kita di akhirat kelak. Duit yang ada dalam dompet, bank mahupun simpanan itu semua milik orang.
Esok lusa bayar itu ini, maka lenyaplah ia.
Sedekah itulah kekal ganjarannya sampai akhirat.
Kanak-kanak kebuluran di Yaman
Perlarian Syria serba daif
Kenapa pahala puasa itu luar biasa?
Sebabnya ini satu-satunya amal ibadah yang ganjarannya itu terus daripada Allah SWT.
“Kecuali amalan puasa. Amalan puasa tersebut adalah untuk-Ku. Aku sendiri yang akan membalasnya. Disebabkan dia telah meninggalkan syahwat dan makanan karena-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kebahagiaan yaitu kebahagiaan ketika dia berbuka dan kebahagiaan ketika berjumpa dengan Rabbnya. Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.”
(HR. Bukhari no. 1904, 5927 dan Muslim no. 1151)
(HR. Bukhari dan Muslim).
“Sesiapa yang memberi makan untuk orang berbuka puasa, baginya pahala orang berpuasa tanpa dikurang sedikitpun daripada pahalanya (orang berpuasa tersebut).”
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi)
Subhanallah. Pahala puasa seorang diri sudah luar biasa. Ditambah lagi dengan pahala puasa sekali ganda lagi. Jika kita beri makan orang buka puasa lebih kepada satu keluarga.
Bahkan Ramadan semakin meninggalkan kita. Baki Ramadan paling genting 10 malam terakhir adalah peluang AKHIR kita.
Akhir mungkin tahun depan belum pasti bertemu lagi Ramadan.
Apa lagi sudah pasti pahala dan nikmatnya lailatul qadar itu yang ingin kita dapatkan. Siapa yang tidak mahu rasa tenangnya malam istimewa ini. Allahu.
Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan" (Surat Al-Qadr, Ayat 3)
Niat Kejar Lailatulqadar , kejar pahala demi mendapat redha Allah SWT.
1 Sedekah bernilai 83 tahun pahala. Insya'Allah.
Seperti kata Nabi bila ditanya :
“Wahai Rasulullah, sedekah apakah yang paling besar pahalanya?”
Lalu, beliau menjawab, “Bersedekah selama kamu masih sehat, bakhil (suka harta), takut miskin, dan masih berkeinginan untuk kaya.
Dan, janganlah kamu menunda-nunda sehingga apabila nyawa sudah sampai di tenggorokan maka kamu baru berkata, 'Untuk fulan sekian dan untuk fulan sekian', padahal harta itu sudah menjadi hak si fulan (ahli warisnya).” (HR Bukhari dan Muslim).
Ayuh. Usah tangguh-tangguh.
Lihat kebahagiaan mereka dengan sumbangan anda.
AGIHAN PEK MAKANAN RAMADAN 2021 DI YAMAN, SYRIA DAN GAZA
Jom bersama kita kongsikan kegembiraan disini dengan saudara kita di Palestin, Syria dan Yaman. Semoga dengan sumbangan daripada anda dapat menghilangkan lapar dan dahaga mereka. Berpuasa dalam serba kekurangan.
“ Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara
iaitu sedekah jariah , ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa
mendoakan kepada kedua ibubapanya.
( Hadis Riwayat Muslim )