JOM REBUT PELUANG MENAJA ANAK-ANAK YATIM DI PALESTIN!
ANAK YATIM PERMATA YANG DITINGGALKAN BERHARGA
Anak yatim Palestin yang kehilangan ibu,bapa dan adiknya.
Rasulullah SAW bersabda,
“Demi Allah yang mengutusku dengan kebenaran, di hari kiamat Allah SWT tidak akan mengazab orang yang mengasihi anak yatim, dan bersikap ramah kepadanya, serta bertutur kata yang manis. Dia benar-benar menyayangi anak yatim dan mengetahui kelemahannya serta tidak menyombongkan diri pada tetangganya atas kekayaan yang diberikan Allah kepadanya.”
- Hadis Riwayat at-Tabrani
Seperti yang kita tahu, Nabi juga membesar sebagai anak yatim. Jadi anak yatim adalah duta kecil Nabi.
Mengambil berat akan anak yatim seperti kita mendekati Nabi .
Nabi Muhammad SAW lah yang menjadi pengasuh kepada anak-anak sahabat yang telah syahid semasa perang.
Nabi pernah merasai kehilangan ibu ayahnya dari kecil. Kerana itu Nabi sangat memahami keperluan anak yatim.
Sebab itulah Nabi berkata mereka yang menjaga anak yatim akan menjadi teman rapatnya di Syurga nanti.
Bahkan , Nabi kata. " Sesiapa yang menanggung makan dan minum seorang anak yatim Muslim sehingga cukup keperluannya maka WAJIB baginya Syurga.
(Hadis : Riwayat al-Tabrani)
Membantu anak yatim menjadi salah satu tanggungjawab yang digalas oleh Aman Palestin sejak tahun 2006. Sehingga kini seramai 2751 orang anak yatim berada di bawah tanggungan Aman Palestin. Setiap bulan mereka memerlukan RM180 untuk menampung perbelanjaan bulanan. Bantuan dari pihak anda dapat membantu anak-anak ini untuk meneruskan kehidupan mereka.
“Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua ini (Nabi SAW mengisyaratkan dengan dua jari baginda SAW) di syurga”.
[Riwayat Muslim, (2983)]
Terus rebut PELUANG menaja anak-anak yatim yang sangat rugi untuk kita lepaskan.
Bagi menampung amalan kita. Menjadi asbab murahnya dan bertambah rezeki kita. Membawa ketenangan hati dan hidup kita sendiri kelak.
Seperti yang dilalui oleh penaja anak yatim Palestin iaitu Dr Nafisah Mohd Hassan.
"Rezeki terbuka luas. Hidup lebih berkat"
"Bagaikan satu hijrah dalam diri saya dan keluarga. Kerana kesannya amat terasa . Sejak menaja anak yatim di Palestin melalui Aman Palestin. Pintu rezeki saya seperti terbuka luas. Saya sentiasa merasa bahagia dan hidup ini rasa lebih berkat. "
"Rasa gembira yang tak dapat nak digambarkan bila dapat surat terima kasih anak yatim yang ditaja. Biarpun tak kenal"
Ini yang dirasai oleh Puan Norlidah Mohd Salleh.
"Mereka adalah keluarga dan anak-anak seagama kita. Jadi saya rasa amat bertuah dapat menaja anak yatim melalui Aman Palestin. Mendapat surat dari anak-anak yatim tajaan saya cukup buat saya gembira tak terkata. Walaupun saya tak pernah mengenali mereka."
"Asbab menaja anak yatim. Allah mudahkan dapat cahaya mata pertama setelah bertahun-tahun kahwin"
Peristiwa ini berlaku kepada Pak Xeno penaja anak yatim daripada Indonesia.
"Alhamdulillah. Dengan rezki yang Allah berikan kepada saya dan isteri dalam membantu keluarga anak yatim di Palestin. Allah balas dengan ganjaran cahaya mata buat kami. Tidak rugi membantu kerana balasannya tidak lain hanyalah kebaikan untuk kita"
Anak-anak yatim Palestin adalah antara golongan yang dizalimi dan dianiayai oleh Israel. Doa mereka termasuk dalam 3 golongan yang doanya sangat mustajab.
Bahkan ada penaja yang pernah minta kepada anak yatim yang ditaja mendoakan mereka bila berada dalam kesulitan.

