TABUNG PERWIRA COVID-19

AMAN PALESTIN LANCARKAN TABUNG PERWIRA COVID-19 (3.0)
Atas keperihatinan dari semua pihak, Aman Palestin melancarkan Tabung Perwira Covid-19 fasa 3. Sumbangan kali ini akan digunakan untuk membeli kotak makanan kepada 5,000 golongan terkesan dengan pandemik termasuk asnaf di seluruh negara.
Aman Palestin juga telah memperuntukkan sebanyak RM300,000 sebagai bantuan awal kepada dua Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) untuk pembelian peralatan perubatan dan kesihatan.
Semoga sumbangan ini dapat membantu meringankan beban golongan yang terjejas ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan mulai 1 Jun lalu.
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
“Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara:
Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya."
(HR Muslim)
JOM BANTU MEREKA SEKARANG!!!
Sumbangan Tabung Perwira Covid-19 oleh Aman Palestin seluruh Malaysia ketika fasa 1 dan 2 yang telah disampaikan sebelum ini.
- Kira-kira 2,500 keluarga yang terjejas telah dibantu dengan pemberian kotak makanan dan wang tunai selain bantuan komputer riba kepada 180 pelajar.
- Bantuan peralatan perubatan kepada hospital dan khidmat sanitasi serta pengimbas suhu di sebanyak 18 premis dengan keseluruhan bantuan yang sudah disalurkan berjumlah RM750,000.




“Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(Hadis riwayat Muslim)

AYUH BANTU SAUDARA KITA YANG TERJEJAS
HARI INI!
#KITAJAGAKITA #KITAPRIHATIN #STAYATHOME
Bagi tuan/puan yang mempunyai permasalah/pertanyaan, sila hubungi nombor yang berikut:
019-6535363 (Amirul Hafiz)