Akaun amanpalestinkedah.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

YA ALLLAH! KU MULAKAN NIAT TAHUN BARU 2023 INI DENGAN WAKAF DAN SEDEKAH UNTUK

AL-AQSA DAN SYRIA.

Setiap Ringgit besar disisi Allah SWT.

ANDA RUGI JIKA LEPASKAN PELUANG WAKAF DAN SEDEKAH INI.

Kenapa rugi? Sebelum itu fahami dulu apa istimewanya berwakaf .


Wakaf ialah sumber pahala yang paling ditakuti oleh syaitan.

Syaitan takut kerana ia adalah pahala berterusan .

Biarpun kita telah tiada tapi pahala dapat terus menerus. 

Maksudnya pahala wakaf tetap masuk ke akaun pahala kita yang akan menjadi tabungan akhirat kelak. Allahu akbar..


Duit kita yang sebenarnya adalah yang kita wakaf dan sedekahkan.

Itulah 'duit' yang KEKAL  untuk kita di akhirat kelak. Duit yang ada dalam dompet, bank mahupun simpanan itu semua milik orang.


Esok lusa bayar itu ini, maka lenyaplah ia.


Jadi nak ke anda pahala wakaf + pahala sedekah Jumaat?


1 wakaf yang kekal berpanjangan pahala akan anda dapat.

Subhanallah . Luar biasanya nilai pahala demi mendapat redha Allah SWT.


Hanya anda yang boleh membantu mereka untuk terus hidup dan bertahan di bumi Syam dan juga Al-Aqsa.


Wakaf Baik Pulih Masjid al-Aqsa

Selepas diserang oleh Is.rael dan ekstrimis yahudi. Banyak kerosakan berlaku. Masjid Al-Aqsa perlu di baiki bagi terus teguh di Baitul Maqdis.


Wakaf baik pulih rumah sekitar Masjid al-Aqsa.

Penduduk Palestin sekitar Masjid al-Aqsa adalah penjaga al-Aqsa untuk terus bertahan daripada dirampas sepenuhnya oleh Is.rael. Bantu mereka kekal disana melalui wakaf ini.



Tabung Kecemasan Palestin.

➡️Bantuan dan sara hidup penduduk dan pejuang yang bertahan melindungi al-Aqsa dan Palestin.

➡️Bantuan perubatan dan bantuan pendidikan.


Wakaf Hospital Mental, Gaza.

Hospital Mental yang sedang dalam binaan masih perlukan lagi wakaf anda bagi mencukupkan baki kos binaan hospital dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Palestin.



Tabung Tajaan Anak Yatim


Dana ini akan menampung kehidupan anak yatim, keluarga miskin dan kos pendidikan mereka di Palestin dan Syria.




Tabung Roti Untuk Yaman dan Syria

 Jom membantu sekurang-kurangnya sebuah keluarga  sekurang-kurangnya dengan sekeping roti.

Sepertimana kita memerlukan nasi. Mereka juga memerlukan roti sebagai makanan ruji harian.
Dengan sumbangan anda, anda membuatkan perut kosong mereka terisi.Membantu mereka untuk terus hidup.

Ayuh berikan mereka sesuap  roti.Dengan RM1 sumbangan anda mereka akan dapat 1  keping roti


Tabung Bantuan Musim Sejuk

Palestin, Syria dan Yaman akan melalui musim sejuk yang ekstrim.
Keadaan mereka yang tinggal dalam khemah nipis ketika musim sejuk sangat memerlukan kelengkapan seperti makanan, pemanas,minyak kerosin,baju tebal,selimut,ubat-ubatan untuk terus survive.


Semoga dengan sumbangan daripada anda dapat memberi mereka kebahagiaan .


“ Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara

 iaitu sedekah jariah , ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa

mendoakan kepada kedua ibubapanya.

( Hadis Riwayat Muslim )