Akaun amanpalestinkedah.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

GEMUKKAN PAHALA DI PENGHULU SEGALA HARI


Hari jumaat ialah hari yang cukup istimewa dan ramai menantikan kedatangan penghulu segala hari ini. Selain menandakan hampir memasuki hari hujung minggu, hari Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan keutamaan yang disediakan oleh Allah SWT kepada hambaNya.

1. Hari Mustajab Doa

Rasulullah SAW bersabda:
"Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba Mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan, melainkan Allah SWT memakbulkan doanya atau meminta Allah SWT melindunginya daripada sesuatu kejahatan, melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan."
(Hadir riwayat Tarmizi)

Hari Jumaat adalah masa yang mustajab untuk berdoa terutama pada dua waktu terbaik iaitu oada waktu Imam duduk di atas mimbar sehingga selesai solat Jumaat dan pada akhir waktu Asar.

Ibn Qayyim al-Jauzi mengatakan;
"Di antara sekian banyak pendapat ada dua yang paling kuat, sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadis yang sahih. Pertama saat duduknya khatib sampai selesai solat. Kedua, sesudah Asar, dan ini pendapat yang terkuat dari dua pendapat tadi."
(Zadul Ma'ad)

2. Hari Dihapuskan Dosa

Diampuni dosa-dosanya antara Jumaat tersebut dengan Jumaat sebelumnya. 
Sabda Rasulullah SAW:
"Solat lima waktu (sehari semalam) dan Jumaat hingga Jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar"
(Riwayat Muslim)

3. Hari Lebih Utama Berinfak

Kelebihan infak pada hari jumaat jika dibandingkan dengan infak pada hari-hari yang lain adalah sama seperti infak pada bulan Ramadan.

Ibn Qayyim berkata:
"Infak pada hari itu lebih utama dengan infak pada enam hari lainnya seumpama infak pada bulan Ramadan berbanding pada bulan-bulan selainnya."

Hadis dari Ka'ab menjelaskan:
"Dan infak pada hari itu lebih mulia dibandingkan dengan hari-hari selainnya"


 BESAR GANJARAN BAGI YANG BERINFAK DI HARI JUMAAT YANG MULIA

TIBA MASA INFAK UNTUK KELUARGA MALAYSIA YANG TERKESAN BANJIR

Banjir besar yang melanda pada 17 Disember 2021 telah menyebabkan kesan buruk kepada penduduk setempat. Mereka tidak dapat menjalankan aktiviti harian seperti biasa. Pelbagai rintangan yang dihadapi seperti terputus bekalan elektrik, tidak mendapat bekalan air yang bersih, sumber pendapatan harian terjejas, perkakas rumah rosak dan sebagainya.


Justeru, Aman Palestin dengan kerjasama Kelab Perwira Malaysia melancarkan Misi Darurat Banjir bagi membantu mangsa-mangsa yang terlibat. Dengan usaha ini bagi membantu meringankan beban orang ramai yang terjejas akibat musibah yang dihadapi, bantuan ini akan disalurkan kepada kawasan yang terjejas teruk. Besar harapan kami agar syarikat-syarikat korporat dan institusi perbankan, institusi kewangan dan pusat zakat dapat membantu kami menjayakan projek ini.


PERSIAPAN DAN AGIHAN KIT BANJIR KEPADA MANGSA BANJIR SEKITAR KAWASAN YANG TERLIBAT BANJIR BESAR



Besar harapan agar Misi Darurat Banjir (Mangsa Banjir) ini dapat dilaksanakan dengan jayanya bagi membantu masyarakat yang terjejas kehidupan mereka akibat banjir kilat. Adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk berganding bahu untuk membantu mereka yang ditimpa musibah. Semoga segala kesungguhan dan usaha berterusan yang digembeleng bersama ini akan diterima Allah S.W.T. sebagai amal soleh dan semoga negara kita selamat dari segala bala bencana.



Disclaimer : Setiap sumbangan akan disalurkan terus ke mangsa-mangsa banjir yang terkesan di Malaysia.


======================================


 Ayuh kita sempurnakan hidup dengan berkongsi rezeki!  Lebih besar nilainya, lebih bermanfaat 


SEKIRANYA ANDA HADAPI MASALAH PEMBAYARAN MELALUI SISTEM INI

BOLEH HUBUNGI: 

0194240413 (Cik Syazwani)