Akaun amanpalestinkedah.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

KEAJAIBAN INFAK SUBUH

"..malaikat keluar bersama matahari pagi dan akan mendoakan orang yang berinfak dengan limpahan rezeki yang melimpah ruah.."


“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan saling menasihati supaya mentaati kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi kesabaran.”


(Surah al-Asr 103:1-3)


Masa kita terhad dan sudah ditetapkan bahawa ALLAH memberi satu masa yang tetap kepada kita. Daripada mula kita dilahirkan sehingga saat kita menghembus nafas terakhir, kita tidak mampu atau berupaya untuk mengubah masa tersebut walau sesaat pun, sama ada untuk mempercepatkan atau melambatkannya. Malah tidak ada kuasa di dunia yang boleh mengubah ketetapan itu.

Sampai saat dan ketikanya untuk berlaku sesuatu ke atas diri kita mengikut ketetapan-NYA, kita terpaksa akur dan redha dengan ketentuan Ilahi. Oleh itu, ayuhlah rebut peluang dan masa yang masih tersisa ini dengan menggandakan amalan-amalan seperti berzikir, menjaga solat, sedekah jariah dan lain-lain yang dapat memberi syafaat kepada kita di alam abadi kelak. In shaa Allah


AYUH TINGKATKAN SAHAM AKHIRAT DENGAN BERINFAK
LAGI-LAGI PADA WAKTU DAN HARI YANG PENUH BERKAH


Gambar : Harian Metro

Hari jumaat ialah hari yang cukup istimewa dan ramai menantikan kedatangan penghulu segala hari ini. Selain menandakan hampir memasuki hari hujung minggu, hari Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan keutamaan yang disediakan oleh Allah SWT kepada hambaNya.

1. Hari Mustajab Doa

Rasulullah SAW bersabda:
"Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba Mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan, melainkan Allah SWT memakbulkan doanya atau meminta Allah SWT melindunginya daripada sesuatu kejahatan, melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan."
(Hadir riwayat Tarmizi)

Hari Jumaat adalah masa yang mustajab untuk berdoa terutama pada dua waktu terbaik iaitu oada waktu Imam duduk di atas mimbar sehingga selesai solat Jumaat dan pada akhir waktu Asar.

Ibn Qayyim al-Jauzi mengatakan;
"Di antara sekian banyak pendapat ada dua yang paling kuat, sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadis yang sahih. Pertama saat duduknya khatib sampai selesai solat. Kedua, sesudah Asar, dan ini pendapat yang terkuat dari dua pendapat tadi."
(Zadul Ma'ad)

2. Hari Dihapuskan Dosa

Diampuni dosa-dosanya antara Jumaat tersebut dengan Jumaat sebelumnya. 
Sabda Rasulullah SAW:
"Solat lima waktu (sehari semalam) dan Jumaat hingga Jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar"
(Riwayat Muslim)

3. Hari Lebih Utama Berinfak

Kelebihan infak pada hari jumaat jika dibandingkan dengan infak pada hari-hari yang lain adalah sama seperti infak pada bulan Ramadan.

Ibn Qayyim berkata:
"Infak pada hari itu lebih utama dengan infak pada enam hari lainnya seumpama infak pada bulan Ramadan berbanding pada bulan-bulan selainnya."

Hadis dari Ka'ab menjelaskan:
"Dan infak pada hari itu lebih mulia dibandingkan dengan hari-hari selainnya"


TALIAN HAYAT BUAT YAMAN

YAMAN ADALAH ANTARA NEGARA YANG 

PALING TERUK MENGALAMI KRISIS

KEBULURAN DAN KEMISKINAN!


Aman Palestin menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk merebut kebaikan dengan menghulurkan sedikit kesenangan buat mereka di sana. Jom bersama kita kongsikan kegembiraan kita di sini dengan saudara kita di Yaman. Semoga dengan infak daripada anda semua dapat meringankan beban dan menceriakan kehidupan mereka di sana. Ayuh kita bantu warga Yaman sekitar Al-Hudaydah, Ibb, Al-Mahwit, Sana’a dan Ma’rib yang dalam kebuluran dan kemiskinan.



LUASNYA PINTU KEBAIKAN

"Boleh jadi saat engkau tidur terlelap, pintu-pintu langit sedang diketuk oleh puluhan doa kebaikan untukmu, dari seorang fakir yang telah engkau tolong, atau dari seorang kelaparan yang telah engkau beri makan, atau dari seorang yang sedih yang telah engkau bahagiakannya, atau dari seorang yang berpapasan denganmu yang telah engkau lapangkan. Maka janganlah engkau sekali-kali meremehkan sebuah kebaikan"


Ibnu Qayyim Al Jauziyah