Akaun amanpalestinkedah.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

JOM TAMBAH REZKI DENGAN BERWAKAF


 


Kenapa rugi?

Sebelum itu fahami dulu apa istimewanya berwakaf…

Wakaf ialah sumber pahala yang paling ditakuti oleh syaitan.

Syaitan takut kerana ia adalah pahala berterusan. Biarpun kita telah tiada tapi pahala dapat terus menerus. 

Maksudnya pahala wakaf tetap masuk ke akaun pahala kita yang akan menjadi tabungan akhirat kelak. Allahu akbar..

 

Apa kata kata Nabi:

“Seorang hamba berkata: “Hartaku! Hartaku!”

Sesungguhnya yang menjadi (harta) miliknya tidak lain hanya tiga:

(1) Apa yang dia makan hingga habis,

(2) Apa yang dipakai hingga lusuh dan

(3) Apa yang dia sedekahkan maka ia disimpan sebagai pahala untuk akhirat.

Apa jua selain itu (bukanlah hartanya kerana) dia akan pergi (mati) dan meninggalkannya kepada manusia. 

(H.R Muslim dalam Shahihnya, hadis No: 2959)


Lebih-lebih lagi wakaf air.


Saad bin Ubadah ra. bertanya kepada Rasulullah Saw, “Wahai Rasulullah, sedekah apa yang paling utama?” Beliau menjawab, “Memberi air ( sedekah air ).” (Shahih Abu Daud).


Sebab itulah wakaf tangki air Syria ini jangan anda lepaskan.


Sebabnya 15.5 juta pelarian Syria alami masalah kurang sumber air yang bersih.


Cuba anda lihat sendiri keadaan khemah-khemah yang mereka duduki.



"Saya biasa membawa gendang [air] saya di kepala dan berjalan jauh untuk membawa air untuk keluarga saya," kata seorang wanita berusia 52 tahun dari daerah barat Sabqa.

Wanita sering menanggung beban tambahan untuk mencari jalan untuk membekalkan air kepada keluarga mereka.

"Setelah pulang pada tahun 2017, kami mendapati ia kosong, tanpa elektrik atau air. Kami bergantung pada membeli air dari trak setiap tiga hari, yang berharga sekitar  $ 15 (kira-kira  RM65) sebulan. Susahnya terasa hidup. Bila kami perlu sekat perbelanjaan dapur semata-mata untuk membeli air di trak.


Perkara yang lebih menakutkan.

UNICEF mendedahkan kanak-kanak di kem pelarian Syria berumur 5 tahun ke bawah mempunyai 20 kali ganda risiko MATI disebabkan cirit birit kronik berbanding faktor keganasan perang. 

 

Manakala kanak-kanak berumur 15 tahun ke bawah mempunyai 3 kali ganda risiko MATI disebabkan cirit birit kronik berbanding faktor keganasan perang.  

Ini semata-mata HANYA KERANA SUMBER AIR DAN SANITASI KEBERSIHAN YANG TERUK.


Projek pertama wakaf tangki air sebelum ini telah siap. Namun masih belum mencukupi untuk menampung keperluan penduduk Syria.

Sebab itu, kali ini air akan di ambil daripada sumber air utama melalui Sungai Furat dan seterusnya akan di alirkan terus ke tangki air dan rumah-rumah mereka.


#projekkita | PROJEK AIR BERSIH SYRIA GIAT DIBANGUNKAN

Alhamdulillah, projek Air Bersih Syria di Jarablus sudah mula dilaksanakan. Projek ini dianggarkan siap dalam jangka masa 12 bulan dan memberi manfaat kepada penduduk di sekitar Jarablus.

Sumber air diambil daripada Sungai Furat bagi menampung keperluan penduduk di sana.

Aman Palestin optimis dalam memastikan setiap projek yang dilaksanakan memberikan manfaat dalam skala yang besar buat penduduk sekitar!








Terus Segera dapatkan wakaf tangki air Syria bersama peluang pahala seribu bulan di tanpa lengah lagi.


1400 tahun pun pahala masih mengalir. Selagi harta wakaf digunakan oleh mereka untuk hidup. Selagi jasad anak-anak membesar dengan air yang disumbangkan oleh anda. Selagi itu pahala mengalir untuk anda.

AYUH REBUT PELUANG GANJARAN PAHALA BERPANJANGAN TANPA HAD
WAKAF DI HARI JUMAAT! 

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ: إِلَّا مِنْ ‌صَدَقَةٍ ‌جَارِيَةٍ، ‌أَوْ ‌عِلْمٍ ‌يُنْتَفَعُ ‌بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ


Maksudnya: Apabila telah mati seorang manusia, maka terputuslah baginya pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya.

Riwayat Muslim (1631)