Ayuh Bantu Baik Pulih Rumah Penduduk Miskin Palestin dan Buru Pahala Umpama 1000 Bulan Berwakaf!

Projek Wakaf Baik Pulih Rumah Penduduk Miskin dan Tenaga Solar di Palestin merupakan inisiatif Aman Palestin bagi membantu saudara Islam kita di Palestin yang sehingga kini masih mengalami keperitan hidup akibat kezaliman Israel. Jadi ayuh sertai kami dalam usaha membantu saudara kita di sana dengan sumbangan anda dan sama-sama kita mengejar pahala 1000 bulan. Semoga kita semua direzekikan untuk mendapat Lailatul Qadar.
BINA RUMAH SAUDARA MISKIN PALESTIN YANG DIROBOHKAN DENGAN WAKAF ANDA
Sumber: Aman Palestin Gaza
Keluarga Elian yang mempunyai 17 ahli keluarga termasuk 12 kanak-kanak yang menetap di Issawiya, Baitulmaqdis serta-merta menjadi gelandangan setelah rumah yang mereka duduki dimusnahkan oleh pihak berkuasa Isr.ael.
REBUT PAHALA 10 MALAM TERAKHIR DENGAN SEDEKAH.
Hakikat sedekah sebenarnya yang kita tak tahu.
Duit kita yang sebenarnya adalah yang kita sedekahkan.
Itulah 'duit' yang KEKAL untuk kita di akhirat kelak. Duit yang ada dalam dompet, bank mahupun simpanan itu semua milik orang.
Esok lusa bayar itu ini, maka lenyaplah ia.
Sedekah itulah kekal ganjarannya sampai akhirat.
"Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan"
(Surat Al-Qadr, Ayat 3)
Niat Kejar Lailatulqadar , kejar pahala demi mendapat redha Allah SWT.
1 Sedekah bernilai 83 tahun pahala. Insya'Allah.
Seperti kata Nabi bila ditanya :
“Wahai Rasulullah, sedekah apakah yang paling besar pahalanya?”
Lalu, beliau menjawab,
“Bersedekah selama kamu masih sehat, bakhil (suka harta), takut miskin, dan masih berkeinginan untuk kaya. Dan, janganlah kamu menunda-nunda sehingga apabila nyawa sudah sampai di tenggorokan maka kamu baru berkata, 'Untuk fulan sekian dan untuk fulan sekian', padahal harta itu sudah menjadi hak si fulan (ahli warisnya).”
(HR Bukhari dan Muslim).
Ayuh. Usah tangguh-tangguh.
Lihat kebahagiaan mereka dengan sumbangan anda.
Sertai Wakaf Baik Pulih Rumah Saudara Miskin di Palestin melalui pakej berikut:
A) 1 LOT WAKAF RM500
B) Sijil Wakaf RM50 & RM100 (perkongsian 1 lot wakaf)
C) Tabung Wakaf RM10 (wakaf seikhlas hati)
======================
“ Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara
iaitu sedekah jariah , ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa
mendoakan kepada kedua ibubapanya.
( Hadis Riwayat Muslim )