Akaun amanpalestinkedah.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Wakaf Untuk Membina Hospital Mental Baru Kepada Penduduk Gaza 

Kepungan dan serangan Israel memberi tekanan mental yang amat dahsyat kepada penduduk Gaza. Malahan Israel turut menyekat dan menafikan kemudahan kesihatan yang di perlukan oleh mereka. Apakah yang mereka sedang alami??
TONTON VIDEO DI BAWAH

91 % kanak-kanak di Gaza alami konflik berkaitan dengan trauma.



Pakar Psikologi, Ilyana Elyassi - Di Gaza tiada post trauma ,sebaliknya ia adalah trauma mental yang berpanjangan dan tiada berkesudahan.
Akses Kesihatan Tersekat, Pergerakan Tersekat dan Trauma Psikologi daripada perang berpanjangan menekan hidup penduduk Gaza setiap hari. 
Di Gaza, bila hospital mental sedia ada tak dapat menampung keperluan 2.3 Juta penduduknya. Mereka perlu keluar daripada Gaza untuk dapatkan rawatan. Untuk ini perlu memohon permit untuk bergerak keluar. Kebanyakannya permit mereka tak diluluskan atau mengambil masa yang lama untuk lulus. Inilah penafian yang disengajakan oleh Israel.
Akhirnya Kerajaan Palestin di Gaza Terpaksa menggunakan Hospital Mental Gaza yang Daif berusia 60 tahun untuk merawat masalah mental.
Disebabkan ini 60 % penduduk Gaza tak dapat di rawat disebabkan tiada kemudahan.  Bangunan yang rosak dan sempit hanya boleh memuatkan 42 buah katil saja. Atas faktor mendesak ini Kementerian Kesihatan Palestin telah menandatangani kerjasama pembinaan Hospital Mental Aman Palestin pada tahun 2020.
LIHAT KENAPA PERLU BINA HOSPITAL MENTAL DI GAZA DAN BAGAIMANA SUMBANGAN ANDA TELAH MEMBANTU BINAAN HOSPITAL YANG TELAH DIMULAKAN PEMBINAANNYA.

Oleh itu, Keperluan Mendesak Dana Masih diperlukan bagi menyiapkan sepenuhnya binaan hospital di jangka pada tahun ini.

Sesungguhnya ini adalah peluang buat anda untuk mendapatkan Pahala Wakaf yang berpanjangan akan menjadi bekalan amal anda di akhirat kelak khususnya buat pejuang yang mempertahankan bumi Palestin.


Ayuh menjadi batu-bata kepada pembinaan Hospital Aman Palestin di Gaza . Selagi mana Hospital itu digunakan selagi itulah pahala Wakaf akan terus mengalir buat anda selamanya.
       Ayuh berikan mereka Harapan untuk terus hidup.
 Sebagai tanda peduli akan nasib saudara islam yang memerlukan.

BANGKIT.BERJUANG.BERSAMA
Aman Palestin
(NGO berdaftar sejak 2006)