BILA KEBAJIKAN JADI SATU TANGGUNGJAWAB PAHALA MENGALIR DENGAN MENYERTAI WAKAF HOSPITAL MENTAL GAZA

KEMBALIKAN SENYUMAN RAKYAT PALESTIN. AYUH RAPATKAN SAF BERWAKAF UNTUK SAHAM AKHIRAT DIRI SENDIRI, IBU DAN BAPA KITA!
Seorang ibu melepaskan kerinduan terhadap anaknya yang telah terkorban akibat serangan Israel.
Beginilah realiti sebahagian besar warga Gaza yang telah kehilangan ahli keluarga mereka.
Rakyat Palestin di Gaza terdedah kepada pelbagai risiko hasil daripada penindasan yang berlaku hingga membawa mereka kepada kehilangan perspektif diri, kemarahan, kekecewaan, kehinaan dan perasaan tersisih yang menyebabkan peningkatan masalah tekanan mental seperti kebimbangan dan kemurungan (skizofrenia dan bipolar).
Jumlah pesakit psikiatri akibat daripada perang dan pengepungan di Gaza sejak 13 tahun yang lalu semakin meningkat khususnya di kalangan kanak-kanak. Ditambahkan lagi ketiadaan pusat khusus menangani ribuan kes kesihatan mental di Gaza.
"KESIHATAN MENTAL adalah CABARAN TERBESAR dalam sektor kesihatan di Palestin" - World Health Organisation (WHO)
Bahkan remaja di Palestin mempunyai kadar masalah mental yang tertinggi di Timur Tengah. 54 % kanak-kanak lelaki dan 47 % kanak-kanak perempuan yang berumur 6-12 tahun alami masalah emosi dan mental.
Selepas serangan Israel tahun 2008, 98% kanak-kanak Palestin alami post traumatic stress disorder (PTSD).
Sebuah Pusat Kesihatan Mental yang baharu diperlukan bagi menyediakan rawatan kepada penduduk Gaza yang mengalami masalah mental dengan rawatan yang lebih lengkap.

“ Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara
iaitu sedekah jariah , ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa
mendoakan kepada kedua ibubapanya.
( Hadis Riwayat Muslim )
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------