SERTAI WAKAF SEKOLAH DI ALEPPO SYRIA, SBG PELABURAN AKHIRAT KITA.

WAKAF KITA HARAPAN BUAT GENERASI MUDA SYRIA UNTUK BERSEKOLAH.
Wakaf bukan saja beri gandaan pahala. Dengan wakaf anda
sekolah Syria ini akan digunakan hingga beberapa generasi mendatang.
Pahalanya terus mengalir dan berganda-ganda, walau kita dah meninggal dunia.
BERWAKAF UNTUK RAIH PAHALA HINGGA AKHIRAT.
Jom tuan puan . Kita kena ingat kita tak akan menongkat langit, hidup selama-lamanya. Tapi amalan kita akan kekal selama-lamanya dengan SEDEKAH JARIAH
Jom kita jadi batu-bata untuk membina sekolah. Selagi mana sekolah ini terbina. Selagi anak-anak Syria ini menuntut ilmu, mendalami ilmu agama dan membina kehidupan mereka.
Selama itulah PAHALANYA MENGALIR ke dalam "akaun akhirat" kita.

Ini realiti yang menyakitkan. Melihat generasi harapan . Tidak bersekolah. Tidak tahu membaca bahkan menulis. Malah lebih teruk lagi. Anak-anak Syria ini ada yang tak tahu umur mereka sendiri .
Bila mereka tak ke sekolah. Mereka hilang tujuan hidup. Hilang harapan untuk masa depan. Bahkan anak-anak ini juga buntu dengan kehidupan susah yang mereka lalui.
Pendidikan adalah kunci untuk anak Syria sebenar-benarnya BEBAS dan BERDIKARI sendiri. Pendidikan akan membina kemahiran dan mengajar mereka nilai-nilai baik kehidupan.
Mereka tidak selama-lamanya hidup sebagai pelarian. Dengan pendidikan, dapat mengajar mereka penyelesaian alternatif untuk membaiki dan merubah hidup mereka jadi lebih baik daripada sekarang.
Bila ada ilmu. Mereka akan mendorong diri mereka untuk mencari jalan keluar dan penyelesaian kesukaran yang dilalui. Namun bila tak ada ilmu. mereka hanya akan mengambil apa yang diberi dan menerimanya. Mereka terus kekal berada dalam statistik anak-anak yang ketinggalan.
Wakaf kita dapat bantu mereka berkembang menjadi pemimpin yang baik dalam masyarakat mereka. Anak-anak yang berjaya dalam pendidikan menjadi inspirasi kepada anak-anak pelarian yang lain.
Dengan wakaf kita. Sekolah ini dapat beri mereka sokongan sosial dan emosi. Mereka akan rasa selamat dan rasa di lindungi .
Kajian daripada Theirworld, A World at School and the Global Business Coalition for Education. Kanak -kanak tak bersekolah terlibat dengan :
>>Perkahwinan di bawah umur(berkahwin dalam umur belasan tahun).
Ramai yang terpaksa kahwinkan anak mereka kerana kesusahan hidup . Akibatnya ramai juga yang bercerai kerana mental mereka masih terlalu muda untuk menjadi isteri dan ibu.
>>Buruh kanak-kanak
>>Eksploitasi kanak-kanak
>>Aktiviti keganasan
"Pendidikan adalah alat utama dalam membangun masyarakat yang kuat . Tanpanya, tidak akan ada doktor , guru atau jurutera yang dapat membantu membangun Syria kembali.
Ternyata wakaf kita untuk Syria adalah cita-cita besar sebuah bangsa Islam untuk kembali bangun semula.
Oleh itu anak-anak Syria ini juga tak patut dikecualikan daripada mendapat pendidikan yang sempurna untuk masa depan mereka yang lebih baik.
Terus bersama menjadi "batu bata" kepada binaan sekolah di Aleppo Syria ini.
RM 1 Juta lagi diperlukan untuk memenuhi slot wakaf sekolah Syria.
Hanya tinggal 2000 slot wakaf saja lagi.
Tinggal lagi 40 % sekolah di Jarablus, Aleppo ini bakal siap dengan wakaf kita.
Wakaf kita kepada sekolah ini akan dapat membina:
Dengan kapasiti : 1,200 pelajar.
Jom tuan, puan. Berwakaf untuk masa depan anak-anak Syria kita seislam.
Moga tercatat jua pahala kita dalam membina semula anak bangsa Islam di bumi Syam yang barakah.