SERTAI PROJEK WAKAF TELAGA AIR SYRIA

Peperangan yang berlaku di Syria telah menjejaskan sumber asas kehidupan dan beri kesan buruk kepada keadaan mental mereka.
SYRIA. 9 TAHUN KONFLIK: 15.5 JUTA PERLARIAN SYRIA ALAMI MASALAH KURANG SUMBER AIR BERSIH
Daerah Idlib dan kawasan utara serta barat Aleppo merupakan kawasan yang mengalami kerosakan yang amat teruk. Walaupun begitu, ia tetap menjadi tumpuan pelarian untuk mendiami kawasan tersebut.
Juga berlaku peningkatan yang amat ketara iaitu tahun 2011 seramai 400,000 orang yang menetap di sana dan pada tahun 2017, jumlah bertambah menjadi 700,000 orang, 55% daripada jumlah tersebut adalah wanita.
Terdapat 17 kem sebagai penempatan mereka, 7 daripada kem itu di Jarablus dan 10 kem di Azaz.Keadaan yang berterusan ini menyebabkan mereka terpaksa berkongsi tempat yang sempit untuk berlindung.
Pencemaran air berlaku kerana infrastruktur kem yang teruk. Malah ini membuatkan mereka terpaksa membeli air dengan harga yang agak mahal untuk meneruskan hidup!
"Saya biasa membawa gendang [air] saya di kepala dan berjalan jauh untuk membawa air untuk keluarga saya," kata seorang wanita berusia 52 tahun dari daerah barat Sabqa.
Wanita sering menanggung beban tambahan untuk mencari jalan untuk membekalkan air kepada keluarga mereka.
"Setelah pulang pada tahun 2017, kami mendapati ia kosong, tanpa elektrik atau air. Kami bergantung pada membeli air dari trak setiap tiga hari, yang berharga sekitar $ 15 (kira-kira RM65) sebulan. Susahnya terasa hidup. Bila kami perlu sekat perbelanjaan dapur semata-mata untuk membeli air di trak.
Perkara yang lebih menakutkan. Bila UNICEF mendedahkan kanak-kanak di kem pelarian Syria berumur 5 tahun ke bawah mempunyai 20 kali ganda risiko MATI disebabkan cirit birit kronik berbanding faktor keganasan perang.
Manakala kanak-kanak berumur 15 tahun ke bawah mempunyai 3 kali ganda risiko MATI disebabkan cirit birit kronik berbanding faktor keganasan perang.
Ini semata-mata HANYA KERANA SUMBER AIR DAN SANITASI KEBERSIHAN YANG TERUK.
Atas dasar kemanusiaan dengan kerjasama bersama Ataa Humanitarian Relief Organization. Projek Wakaf Telaga Air akan dibuat di Perkampungan Jarablus As Sakinah , Syria.
PELAN PERANCANGAN TELAGA AIR MODEN
Setakat ini Kutipan semasa Telaga Air Syria hanya RM111,000 daripada RM300,000 kutipan sasaran . Iaitu baru 37% dari sasaran . Masih banyak diperlukan lagi.Terus Segera dapatkan wakaf telaga air di Syria tanpa lengah lagi.
1400 tahun pun pahala masih mengalir. Selagi harta wakaf digunakan oleh mereka untuk hidup. Selagi jasad anak-anak membesar dengan air yang disumbangkan oleh anda. Selagi itu pahala mengalir untuk anda.