Akaun amanpalestinkedah.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
IBADAH KORBAN DI BUMI ANBIA 2023

 KELEBIHAN 10 AWAL BULAN ZULHIJJAH,

BERBANDING BULAN ISLAM YANG LAIN 


1. Ganjaran besar di sisi Allah dan bulan paling disukai Allah dengan kerjakan amalan kebaikan

2. Tidak mampu menyamai pahala berjihad melainkan mati syahid

مَا الْعَمَلُ فِي أَيَّامِ الْعَشْرِ أَفْضَلَ مِنَ الْعَمَلِ فِي هَذِهِ قَالُوا وَلاَ الْجِهَادُ قَالَ وَلاَ الْجِهَادُ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ يُخَاطِرُ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ بِشَىْءٍ 

“Tiada amalan yang dilakukan pada hari lain yang lebih baik daripada amalan pada 10 hari ini. Para sahabat bertanya: Walaupun jihad? Baginda menjawab: Tidak juga jihad, kecuali jika seseorang keluar dengan nyawa dan hartanya dan tidak kembali lagi.

(Hadis Riwayat Al-Bukhari)


 Mengapa 10 hari pertama Zulhijjah ini lebih baik dari jihad? 


Menurut al-Imam Ibn Hajar dalam kitab Fath al-Bari:

والذي يظهر أن السبب في امتياز عشر ذي الحجة لمكان اجتماع أمهات العبادة فيه ، وهي الصلاة والصيام والصدقة والحج ، ولا يتأتى ذلك في غيره

“Secara zahirnya, sebab yang menjadikan 10 hari pertama Zulhijjah ini lebih utama dari yang lain kerana 10 hari ini menghimpunkan semua amalan utama di dalam Islam iaitu solat, puasa, sedeqah dan haji. Himpunan amalan-amalan ini tidak berlaku dalam hari-hari yang lain.”

(Sumber: Dr. Ahmad Sanusi)


3. Allah Taala bersumpah dengan bulan ini secara umum dan sebahagian daripadanya secara khusus,

"Demi waktu Fajar dan 10 malam serta hari dalam bulan Zulhijjah."- Surah Al-Fajr: ayat 1-2

4. Hari mensyukuri nikmat Allah dan hari mengingatiNya

5. Hari yang dimaklumkan Allah sebagai tempoh pengurniaan rezeki berupa binatang ternakan


وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنسَكًا لِّيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّـهِ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُم مِّن بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ

"Bagi setiap umat Kami syariatkan ibadah (sembelihan binatang korban) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai tanda bersyukur akan kurniaan rezeki binatang ternak kepada mereka."

====================





Aman Palestin membuka penyertaan kempen Ibadah Korban di Bumi Anbia 2023 yang akan dijalankan di bumi Palestin, Syria dan Yaman.





Dengan pengalaman selama 17 tahun menjalankan ibadah korban di bumi anbia yang diberkati, Aman Palestin berusaha memberikan khidmat terbaik dalam melaksanakan ibadah korban buat warga Palestin, Syria dan Yaman.





Ayuh bantu saudara kita di Palestin, Syria dan Yaman melalui penyertaan korban. Kebanyakan daripada mereka hanya berpeluang memakan daging setahun sekali iaitu ketika musim korban. 

Anda juga boleh menyumbang Sedekah Daging bernilai RM300 atau Tabung Korban dengan seikhlas hati.

Sertai pakej ibadah Korban di Bumi Anbia 2023 seperti berikut:

IBADAH KORBAN PALESTIN
1 Bahagian Lembu | RM2,300 
1 Ekor Kambing | RM2,300

IBADAH KORBAN SYRIA
1 Bahagian Lembu | RM1900 
1 Ekor Kambing | RM1,900

IBADAH KORBAN YAMAN
1 Ekor Kambing | RM700 

IBADAH KORBAN SEJUK BEKU
1 Bahagian Lembu | RM750
Lembu korban akan disembelih di Brazil dan India pada Hari Raya Aidiladha kemudian
diproses dan dibekukan untuk dihantar ke Palestin dan Syria.

SEDEKAH DAGING
RM300
Sedekah Daging merupakan sumbangan yang akan dikumpulkan bagi membeli haiwan
korban untuk agihkan kepada rakyat Palestin, Syria dan Yaman.

TABUNG KORBAN
Seikhlas hati
Tabung Korban merupakan sumbangan yang akan dikumpulkan bagi membantu rakyat
Palestin, Syria dan Yaman meraikan Hari Raya Aidiladha.


Laporan keseluruhan kempen Ibadah Korban di Bumi Anbia pada tahun 2022:




Ayuh sertai ibadah korban dan menyumbang bagi membantu saudara kita di Palestin, Syria dan Yaman.